Rabu, Disember 30, 2009

Buku Baru: Mutiara Ahlu Bait dari Tanah Haram: Sebuah Biografi Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani

Habib Sholeh bin Ahmad Al-Aydrus
277 halaman

Di dalam membaca sejarah atau biografi orang-orang soleh akan menggugah jiwa kita untuk senantiasa meneladaninya. Dengan melihat kehidupan mereka yang penuh kebaikan dan ibadah akan meningkatkan semangat untuk cinta kebaikan dan ibadah seperti mereka.

Setidaknya itulah yang terkandung di sebalik penulisan biografi Prof Dr As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani, seorang muhaddis dan tokoh ulama sunni abad ini.

Tidak diragukan lagi, kehadiran beliau merupakan rahmat untuk umat ini. Beliau merupakan pewaris kekasih kita Nabi Muhammad saw dari sisi nasab mahupun keilmuan. Beliau telah berhasil mencetak generasi penerus dakwah Nabi Muhammad saw yang handal. Terbukti murid-murid beliau menyebar di penjuru dunia islam dengan memikul misi dakwah dan menyebarkan ilmu agama yang suci.

Sungguh jasa dan sumbangsih beliau terhadap Islam dan muslimin begitu besar dan teramat mulia.

Buku ini sendiri ditulis salah seorang murid beliau yang kini telah menjadi seorang ulama yang berpengaruh, Habib Sholeh bin Ahmad Al-Aydrus.

Buku ini terasa lebih nyaman untuk dibaca kerana juga dilengkapi beberapa foto-foto ekslusif yang berkaitan dengan beliau.

Beli di:
http://www.kiosislami.com/101,mutiara-ahlu-bait-dari-tanah-haram.html

Manaqib Tiga Permata Masjid al-Haram

Syeikh Muhammad Fuad Al-Maliki
RM10.00
Abnak Printing

Beli di:
http://al-sunnah-bookstore.blogspot.com

Al-Maliki Ulama' Rabbani Abad Ke-21

Syeikh Muhammad Fuad Al-Maliki
RM35.00
Abnak Printing


Buku mengenai biografi Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani.

Beli di:
http://al-sunnah-bookstore.blogspot.com