Selasa, Oktober 26, 2010

Untaian Indah Biografi Kehidupan Ulama Ahlus Sunnah

Isi: Biografi Syeikh al-Albani, Syeikh bin Baz, Syeikh Ibnu Utsaimin dan lain-lain
Perangkum: Abu Abdillah Alercon
Penerbit: At-Tuqa

Tebal: 160 halaman

Inilah mereka,…
Setiap perjalanan hidupnya penuh hikmah dan makna. Terhias akhlak indah dalam kehidupan mereka. Tercermin kedalaman ilmu dan ketinggian amal. Terpancar pada diri-diri mereka kebesaran jiwa dan kelapangan dada. Mereka hinakan dunia yang fana ini di bawah kaki-kaki mereka. Itulah cerminan kehidupan mereka kerana mencontoh Al-Mustafa.

Mereka mampu berkata ketika tertimpa musibah:
“Ketahuilah, sesungguhnya sihat dan sakit itu tidak akan terjadi lebih lama ataupun mendahului dari waktu yang telah ditentukan. Hidup saya dan anda telah ditulis sebelum Allah menciptakan syurga dan neraka. Maka yakinlah hal ini, sebagaimana saya pun meyakininya.”
(Syeikh al-Utsaimin)

Mereka tidak terlena dan terbuai dengan pujian dan sanjungan, tapi mereka menangis dan berkata:
“Ya Allah, janganlah Engkau menghisabku dengan sebab apa-apa yang mereka katakan. Jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka kira dan maafkanlah aku untuk apa-apa yang tidak mereka ketahui tentangku."
(Syeikh al-Albani)

Mereka, tidak tergiur dengan manisnya dunia walaupun itu ada di hadapan mereka.
Sebagaimana kisah Pangeran Abdullah bin Abdul Aziz Alu Suud, Gabenor Qasim, memberi hadiah kepada Syeikh Utsaimin sebuah kenderaan baru. Tetapi, kenderaan itu tetap berada di luar rumah sampai lima hari tanpa dipakai oleh Syeikh Utsaimin. Beliau (Syeikh Utsaimin) akhirnya berkata kepada puteranya, Abdullah, "Kembalikan kenderaan itu kepada Pangeran dan ucapkan terima kasih atas kemurahan hatinya. Beritahu dia bahawa saya tidak memerlukannya."
(Syeikh Utsaimin)

Mereka selalu menegakkan agama Allah dan menasihati dengan lembut orang-orang yang berbuat kesalahan. Apakah itu orang biasa ataupun penguasa. Sebagaimana Syeikh Abdul Aziz bin Baz menasihati Presiden Qadafi dan Presiden Tunisia.

Demikianlah petikan untaian indah kehidupan ulama sunnah…….
Temukan kisah-kisah menarik yang penuh hikmah di dalam buku ini dan jadikanlah sebagai cerminan kehidupan….
Bagi mereka yang mahu mengambil pelajaran….

Khamis, Julai 29, 2010

Cukupkah Sekadar Niat?

Mohd Hairi Nonchi
RM11.00
Karya Bestari Sdn Bhd
Muka surat: 256


Kita sibuk beramal selama ini, tapi adakah bentuk amalan kita itu benar-benar mengikuti petunjuk al-Quran dan al-Sunnah? Cukupkah dengan hanya niat yang baik, maka kita akan diganjari pahala? Bagaimana pula jika secara praktisnya amalan kita menyimpang daripada petunjukNya? Adakah ia masih diterima? Jika anda mahu tahu jawapannya, buku karya Mohd Hairi Nonchi ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan tersebut. Buku ini mengupas isu 'niat yang benar' dan 'cara yang benar' dalam melaksanakan amal ibadat seharian. Apa tunggu lagi? Mari kita perbaiki amalan kita sekarang!

p/s: Buku ini ialah karya seorang sahabat saya sebagai sekadar teman penulis. Beliau kelahiran di negeri yang sama dengan saya iaitu Sabah. Beliau telah menghadiahkan buku ini kepada saya. Saya telah membacanya. Subhanallah! Penulisan dan isi perbahasan di dalamnya sangat menarik, ilmiah dan mantap! Anda patut milikinya!

Beli di:
http://mall.karangkraf.com/index.asp

Ahad, Jun 27, 2010

Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie Yang Sebenar?

Mohd Hairi Bin Nonchi &
Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus
RM59.00
Perniaga

Salah satu isu yang hangat diperdebatkan dewasa ini ialah mengenai fenomena penularan fahaman Wahhabi dan ancamannya terhadap perkembangan aliran 'arus perdana' di negara ini (Malaysia). Salah seorang tokoh 'ulama melayu' tanah air yang dilihat paling terkehadapan di dalam melontarkan pelbagai kritikan terhadap golongan yang sering dilabel dan dimasyhurkan sebagai Wahhabi ini ialah Muhammad Uthman El-Muhammadi di mana menerusi salah sebuah rencana beliau yang berjudul Usah Terpesona Tajdid Segera Wahabi (Berita Minggu, Ahad, 20 Disember 2009m ms, 30) beliau telah pun menulis bahawa:

1) Wahhabi ialah golongan yang mudah dalam mengeluarkan hukum kafir sesama Muslim.
2) Wahhabi ialah golongan yang berpegang kepada akidah al-Mujassimah iaitu suatu fahaman yang mengganggap Allah memiliki anggota berjasmani
sebagaimana makhlukNya.
3) Wahhabi menolak bid'ah yang baik (hasanah) dan mengganggap bid'ah
di sisi agama hanyalah satu sahaja iaitu bid'ah yang sesat.
4) Wahhabi melarang orang daripada mengikut mazhab fiqh kononnya seperti
menyembah ulamak.
5) Wahhabi memaksa orang awam untuk membuat keputusan sendiri daripada
al-Quran dan sunnah.
6) Wahhabi merupakan punca yang membawa kepada keruntuhan kerajaan Islam
Turki Uthmaniyyah.

Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini adalah, sejauh manakah dakwaan-dakwaan yang dilontarkan oleh beliau ke atas para pendukung al-Sunnah sebagaimana di atas ini adalah suatu fakta yang benar? Apakah benar Ahl al-Sunnah yang selama ini sering dimasyhurkan dengan gelaran 'Wahhabi' boleh dianggap sebagai sesat dan telah terkeluar daripada pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah? Buku yang berjudul Siapakah Pengikut Imam al-Syafie & Mazhab Syafie Yang Sebenar? ini akan membantu para pembaca sekalian untuk meneracai segala dakwaan di atas, apakah ianya suatu dakwaan yang benar atau sebaliknya.

Beli di:
http://www.jahabersa.com.my

Jumaat, Jun 18, 2010

Mereka Yang Telah Pergi - Tokoh-tokoh Pembangunan Pergerakan Islam Kontemporer

Al-Mustasyar Abdullah Al-Aqil
RM85.50

Buku ini adalah buku yang mengangkat kisah-kisah dan teladan yang telah diberikan dan ditinggalkan oleh para ulama dan da'i, tokoh-tokoh yang membangun pergerakan Islam masa kini.

Bagi mereka yang ingin mengenal lebih dalam mengenai pergerakan Islam kontemporer dan bahkan terjun di dalamnya, buku ini merupakan bekal, karena ia sarat dengan sepak terjang para tokoh tersebut dalam membangun pergerakan Islam.

Beli di:
http://fajarilmubaru.com.my

Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden - Siri 2 *Baru

Zainudin Hashim & Riduan Mohamad Nor
RM25.00
Jundi Resources

Jihad dan dakwah telah melalui jalan panjang sepanjang keberadaan aqidah Islam di pentas dunia ini. Dalam denainya, ramai tokoh-tokoh telah dimunculkan oleh Allah SWT untuk membentengi agama ini walaupun berdada dengan kezaliman dan pemimpin tirani di sepanjang abad pertarungan iman dan kufur.

Buku ini adalah salah satu usaha menyingkap keperibadian, pengalaman dan sejarah tokoh-tokoh yang pernah menoreh sejarah dengan tinta emas. Ada di antara mereka yang syahid dibunuh, diserkap jeriji dan palang penjara besi, bergelandangan jauh dari bumi leluhur akibat tekanan pemerintah sekular.

Buku ini diharap mampu menyirami dahaga pencinta-pencinta harakah Islam terhadap biografi tokoh-tokoh gerakan Islam di abad moden ini, meneladani kebaktian mereka adalah sebahagian potret kejayaan pada kanvas perjuangan yang tiada noktah henti ini.

Isi Kandungan
  1. Dr. Zaghlul An-Najjar - Ahli Profesor Geologis Muslim Berjiwa Haraki
  2. Dr. 'Aidh Al-Qarni - Ulama' Muda Berdakwah Melalui Penulisan
  3. Solah Syadi - Pegawai Polis Yang Komited Dengan Islam
  4. Syeikh Mahfuz Nahnah - Hadapi Tribulasi Dengan Penuh Ketenangan Jiwa
  5. Dr. Wahbah Az-Zuhaily - Kejora Di Langit Malam
  6. Syeikh Sayyid Sabiq - Tokoh Hadis Yang Diberi Kepercayaan Oleh Imam Hasan Al-Banna
  7. Dr. Abdul Karim Zaidan - Saat Dakwah Menjengah Penjara Di Iraq
  8. Sa'id Ramadan - Legasi Hasan Al-Banna
  9. Syeikh Muhammad Mahmud As-Sowaf - Perintis Dan Pengasas Gerakan Islam Di Iraq
  10. Syeikh Abdul Hamid Ben Badis - Tonggak Hadapan Islam Di Algeria
  11. Ustaz Fadzil Noor (1937 - 2002) Dalam Kenangan - Dari Gudang Ilmu Ke Kancah Siasah
  12. Syeikh 'Izzuddin Al-Qassam - Inspirasi Perjuangan Hamas Di Palestin
  13. Syeikh Ali Tantawi - Tokoh Ikhwan Syria Berdada Dengan Kezaliman
  14. Ismail Haniyyeh - Berjuang Untuk Islam Sejak Remaja
  15. Muhammad Mehdi Akef - Al-Mursyidul 'Am Ikhwan Yang Membadai Gelora
  16. Hakim Hasan Al-Hudaibi - Pengganti Imam Hasan Al-Banna Yang Terserlah Ketokohannya
  17. Umar Tilmisani - Pejuang Gigih Membela Islam Dengan Segala Yang Apa Pada Diri
  18. Muhammad Hamed Abu An-Nasr - Al-Mursyidul 'Am Keempat Ikhwan Muslimun
  19. Khaled Masy'al - Perancang Politik Hamas Yang Berkesan
  20. Maa'mun Al-Hudaibi - Al-Mursyidul 'Am Keenam Yang Tegas Dan Berwawasan
  21. Syeikh Abdel Badi' Saqar - Berjuang Tegak Islam Bersama Imam Hasan Al-Banna
  22. Syeikh Dr. As-Saiyid 'Askar - Manfaatkan Ilmu Untuk Tegak Islam Dalam Parlimen
  23. Dr. Maryam Soleh - Tokoh Muslimah Dalam Kabinet Hamas
  24. Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni - Tokoh Islam Yang Menyintai Ilmu
  25. Hamzah Yusuf - Pendakwah Amerika Yang Menyonsang Arus Jahiliah Moden
  26. Dr. Zakir Naik - Pembela Islam Dengan Hujah Injil, Al-Quran Lawan Kristian
  27. Yvonne Ridley - Pendukung Kuat Ikhwan Muslimin Setelah Menerima Islam
  28. Syeikh Nasiruddin Al-Albani - Tokoh Hadis Yang Komited Dengan Ilmunya
  29. Syeikh Ahmad Deedat - Permata Islam Yang Hilang
  30. Dr. Tariq Ramadan - Nyalakan Obor Islam Di Switzerland Dan Eropah
  31. Ahmad Saiful Islam Hasan Al-Banna - "Anak Singa Dilahirkan Oleh Singa"
  32. Dr. Muhamad Natsir - Sesepuh Dakwah Indonesia
  33. Profesor Dr. Zulkifli Mohamad - Permata Ummah Di Alam Melayu

Sabtu, Mei 29, 2010

Komik Khalid Ibnu Walid

Telaga Biru

Maka dengan rendah hati Khalid berkata: "Tidak... tidak usah aku yang memegang panji... andalah yang berhak memegangnya, anda lebih tua, dan telah menyertai perang Badar!"

Tsabit menjawab pula: "Ambilah, sebab anda lebih tahu muslihat perang dari aku, dan demi Allah aku tak akan mengambilnya, kecuali untuk diserahkan kepada anda!" Kemudian ia berseru kepada seluruh anggota pasukan Islam: "Bersedialah kamu dibawah pimpinan Khalid bin Walid...!"

Beli di:
http://www.telagabiru.net.my/index

Rabu, Mei 19, 2010

Isteri dan Puteri Rasulullah

Muhammad Mahdi al-Istambuli & Musthafa Abu Nashr al-Syilby
RM23.00
Telaga Biru Sdn Bhd
Mac 2010

Buku ini bermula dengan membawa pros­pektif dan senario kaum wanita sebelum Islam daripada pelbagai bangsa dan agama di dunia. Kemudian dibentangkan profil dan ciri-ciri wanita Mus limah. Seterusnya dipersembahkan riwayat hidup dan keistimewaan para isteri Rasulullah saw serta perbandingannya dengan peranan Muslimah kontempo rari. Berikutnya digarap peranan Rasulullah sebagai suami misali yang ber tanggungjawab. Kemudian dibawakan pula biodata serta peranan yang dimainkan oleh puteri-puteri Rasulullah saw yang menjadi figur untuk melahirkan contoh wanita pendidik dan pejuang yang menanamkan keberanian dan kejujuran kepada generasi akan datang.

Buku ini disudahi dengan menyenaraikan peranan Baginda sebagai bapa dan ketua keluarga yang mampu untuk memimpin ahli keluarga serta masyarakat ke arah melahirkan generasi pelapis yang sanggup untuk memikul tugas mengembalikan agama Islam dianuti oleh pengikut-pengikut yang bertakwa supaya Islam itu sekali lagi menuju ke zaman keagungannya.

Beli di:
http://www.telagabiru.net.my/index

Ahad, Mei 02, 2010

Rahsia Silap Mata Antarabangsa - AMAR *Baru

AMAR
RM238
Amar Magical Production

Setelah muncul dengan 3 koleksi buku rahsia silap mata, kini Amar muncul dengan satu lagi keluaran terbaru yang memjelajahi rahsia silap mata antarabangsa pula.

Buku ini adalah eksklusif dan cetakan adalah terhad.

Apa kelebihan buku ini berbanding buku-buku sebelum ini?

Kini Amar membawa satu lagi kelainan dan menjadikan buku ini sangat berguna kepada semua golongan, usia dan status. Satu penjelajahan yang amat berguna dalam kita menjalani kehidupan seharian. Bukan sekadar hiburan, malah lebih dari itu.

Antara Keistimewaan Memiliki Buku Rahsia Silap Mata Antarabangsa:

1. Dapat menjana sumber pendapatan yang sangat lumayan dengan menjadi ahli silap mata sambilan atau sepenuh masa dengan mempersembahkan silap mata di majlis-majlis keramaian, program-program korporat dan sebagainya. Anda juga boleh buat duit dengan mengadakan kelas belajar silap mata dengan menjadikan buku ini sebagai modul.
2. Sangat sesuai untuk guru, pensyarah, perunding motivasi dan sebagainya kerana dapat menggunakan teknik dan kemahiran silap mata di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian, tumpuan dan minat audien.
3. Nilai sebenar ilmu silap mata yang terkandung di dalam buku ini melebihi RM5000. Silap mata yang diajar juga tidak memerlukan anda membeli barangan silap mata yang mahal kerana hanya menggunakan barangan sekeliling yang murah dan mudah didapati. Buku di dalam Bahasa Melayu ini sesuai untuk semua peringkat umur dan status. Ianya amat mudah difahami dan dipelajari.
4. Menjadikan IQ dan minda lebih tinggi dan cerdas kerana permainan silap mata akan merangsang kecergasan otak kiri dan kanan dengan seimbang. Dalam masa yang sama dapat meningkatkan keyakinan diri kemahiran komunikasi dan pengucapan awam yang berkesan.
5. Anda akan menjadi orang yang dikagumi dan disanjungi ramai dengan kemahiran istimewa yang jarang dimiliki orang.
6. Anda juga pasti menjadi kreatif dan memiliki kemahiran mengembangkan dan mencipta silap mata baru dan tersendiri seperti yang anda inginkan.
7. Dapat menghindarkan diri anda dari penipuan terutamanya bomoh dan pengamal perubatan palsu yang menipu pelanggan menggunakan teknik silap mata. Dengan ini, wang anda tidak akan terbang begitu sahaja akibat ditipu.
8. Sebagai BONUS! Anda akan mempelajari kemahiran mengesan penipuan. Anda dapat mengelakkan diri daripada ditipu oleh sesiapa sahaja dengan teknik yang diajar. Teknik ini asalnya diguna pakai oleh CIA, FBI dan badan-badan keselamatan antarabangsa untuk membasmi jenayah dan penipuan. Kemahiran ini ada kaitan dengan silap mata ‘Mentalism’.

JADI, TUNGGU APA LAGI? DAPATKAN SEKARANG BUKU RAHSIA SILAP MATA ANTARABANGSA EDISI TERHAD INI.

Beli di:
http://www.amar.com.my/produk/motivasi1/bukuantarabangsa.html

Jumaat, April 23, 2010

Imam Hanbali, Pejuang Kebenaran *Baru

Abdul Latip bin Talib
RM 24.00

PTS Litera Sdn Bhd
23 April 2010
272 muka surat

Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis. Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum feqah. Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam al-Quran seminggu sekali. Beliau sangat menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah, beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang tinggi sementara dia duduk di bawah. Imam Hanbali tidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hukum agama. Suka bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya dan orang-orang berpangkat.

Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad mengunjungi Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut tetapi ditolaknya dengan berkata "Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah”. Imam Hanbali terkenal dengan sikap pemurah. Jirannya pernah memberinya sepinggan anggur dibalasnya dengan gula, garam dan beberapa pinggan buah-buahan. Semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid, baginda menganut fahaman Muktazilah yang berpendapat al-Quran itu makhluk yang bersifat baharu.

Baginda memaksa ulama-ulama menerima pendapat itu tetapi Imam Hanbali menentangnya dengan mengatakan al-Quran itu kalamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Akibat penentangannya itu Imam Hanbali ditangkap lalu dipenjara kemudian disebat dengan rotan dalam memaksanya tunduk kepada fahaman Muktazilah. Beliau disebat dengan rotan sehingga kulitnya mengelupas dan keluar darah. Setelah khalifah Al-Makmum meninggal dunia diganti khalifah Al-Muktasyim. Beliau terus memenjarakan Imam Hanbali kerana melindungi fahaman Muktazilah. Sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil yang menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah berkuasa barulah Imam Hanbali dibebaskan. Dalam usaha memujuk Imam Hanbali Khalifah Al-Mutawakkil menghadiahkan 10,000 dirham. Wang itu diambilnya tetapi kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Pada hari-hari tuanya Imam Hanbali menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di Baghdad. Dalam menentapkan hukum beliau lebih mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah dan pendapat para sahabat Rasulullah. Imam Hanbali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat 12 Rabiulawal tahun 241 Hijrah bersamaan 855 Masihi ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan di Baghdad.

Beli di:
http://www.bookcafe.com.my

Khamis, April 08, 2010

Cipta Syurga Hati - Dr HM Tuah Iskandar *Baru

Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
RM15.00
320 muka surat
Karya Bestari Sdn Bhd

Misi buku ini adalah untuk memberikan kita rasa bahagia, seakan 'syurga' sebagaimana ungkapan 'rumahku syurgaku.' Justeru, hujah Dr. Tuah Iskandar al-Haj di dalam karya ini adalah berpaksikan pendirian suci ini apabila mengetengahkan persoalan untuk mencipta syurga di hati. Sesungguhnya syurga di hati mampu dibentuk bergantung pada kesediaan hati itu sendiri.

Jumaat, Mac 26, 2010

Imam Maliki - Pengarang Kebenaran *Baru

Abdul Latip Talib
RM 24.00

272 muka surat
PTS Litera Sdn Bhd

Merupakan sebuah novel mengenai Imam Malik. Imam Malik ialah pengasas Mazhab Maliki. Keturunannya berasal dari Yaman dan moyangnya berpindah ke Madinah lalu menganut Islam pada zaman Rasulullah saw.

Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau kemudiannya lebih dikenali sebagai Imam Malik. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 H/712 M selepas dikandung selama dua tahun oleh ibunya.

Imam Malik dikurniakan umur yang panjang. Beliau hidup pada zaman sembilan khalifah Bani Umaiyah dan lima khalifah Bani Abbasiyah. Bermula dari khalifah al-Walid bin Abdul Malik (95 Hijrah) sampai ke zaman Khalifah Harun al-Rasyid (179 Hijrah). Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, 14 Rabiulawal tahun 179 Hijrah ketika berusia 86 tahun.

Dalam umurnya yang panjang, beliau sempat mengarang kita Al-Muwatta, kitab yang dikarang selama 40 tahun. Semuanya kerana beliau cintakan kebenaran dan memperjuangkannya. Kitabnya itu menjelaskan mengapa beliau dianggap pengarang kebenaran.

Beli di:
http://www.bookcafe.com.my

Rabu, Mac 17, 2010

40 Tokoh Ulama Johor

Abd Latif Juffri @ Al-Jufri/Masnorindah Mohd Masry
RM100
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat Cawangan Johor

Buat julung kali, Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat Cawangan Johor berjaya menerbitkan buku, 40 Tokoh Ulama Johor bertujuan untuk memperingati sumbangan ulama tersohor negeri itu yang sama-sama bertanggungjawab menyumbangkan ilmu melalui sistem pendidikan agama di negara ini.

Buku setebal 180 halaman berharga RM100 sebuah yang ditulis oleh Abd Latif Juffri @ Al-Jufri dan Masnorindah Mohd Masry itu merupakan siri pertama menghimpunkan 15 orang tokoh ulama dan baki 25 orang tokoh lagi akan diterbitkan Jun depan.

15 tokoh ulama yang ditampilkan dalam buku siri pertama itu, seperti Dato’ Syed Hassan Ahmad al-Attas, Syed Syeikh Al-Hadi, Syekh Tahir Jalaludin, Dato’ Hj Abdullah Abd. Rahman, Kiai Haji Fadhil al-Banteni, Haji Abu Bakar bin Hassan al-Muari, Dato’ Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad, Ustaz Hj Mohd Yassin Mohammad (Bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin) , Kiai Haji Ahmad Shah, Dato’ Kiai Hj Samsudin Redwan, Dato’ Hj. Ismail Bin Omar Abdul Aziz, Tan Sri Abdul Jalil bin Hassan, Ustaz Hj Md. Lazim Saim, Panglima Kiai Salleh dan Dato’ Haji Omar bin Muhammad Yusuf.

Pengarangnya, Abd Latif Juffri, berkata buku yang disiapkan dalam tempoh tiga bulan itu menghimpunkan 40 tokoh ulama Johor seawal tahun 1832 hingga 1921. Antara kandungan utama buku itu termasuk menjelaskan ketokohan ulama silam yang meninggalkan deligasi pemikiran, cara hidup, keterampilan dan mewariskan ilmu melalui sumbangan dalam bidang dakwah, pendidikan dan karya penulisan.

Beliau berkata, buku yang sesuai dimiliki dan menjadi rujukan perpustakaan awam, perpustakaan IPT dan sekolah-sekolah itu turut menjelaskan mengenai kesempurnaan pendidikan agama di Johor yang tersusun seawal tahun 1895.

“Istimewanya buku itu kerana di dalamnya ada menjelaskan mengenai perjuangan aliran Ahli Sunah Waljamaah yang pernah bersaing dengan perjuangan Kaum Muda yang didokong oleh tokoh-tokoh seperti Syed Sheikh Al-Hadi (1864-1931) dan Syekh Tahir Jalaluddin (1869-1956)”

“Turut dipaparkan mengenai perjuangan guru-guru aliran pondok tradisional termasuk bapa kepada Timbalan Perdana Menteri sekarang, iaitu Tuan Guru Haji Mohd. Yassin bin Muhammad pada sekitar tahun 1898 hingga 1975” katanya.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan buku berkenaan timbul selepas beliau memenangi anugerah khas untuk buku Perkembangan Pentadbiran Agama Islam Johor dalam pertandingan Anugerah Media Islam Negara (Amin) 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Oktober tahun lalu.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat Cawangan Johor, Samsudin Samudi, berkata ulama Johor yang diabadikan dalam buku berkenaan tidak terkecuali daripada kelompok ilmuan Islam tersohor yang bertanggungjawab menabur benih iman dan Islam.

“Mereka seterusnya menyubur dan menyumbangkan ilmu melalui siistem pendidikan agama yang paling tersusun di negara ini”

“Ia bermula seawal tahun 1895 dikenali dengan Sekolah al-Quran, Sekolah Kitab, sekolah Pondok, Sekolah Arab dan sekolah agama kerajaan Johor yang kemudian berkembang melalui proses pemodenan negeri ini” katanya.

Buku yang wajar dimiliki oleh semua pencinta ilmuan Islam itu bertuah apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin melancarkan buku itu sempena program Multaqa Ulama dan Ilmuan Islam Johor yang berlangsung di Persada Johor baru-baru ini.

Sempena multaqa itu, sebanyak 1,000 naskah buku itu berjaya dijual kepada orang ramai. Pihak penerbit ketika ini sudah menerima lebih 2,000 tempahan, dan buku itu dalam proses untuk diulang cetak.

Kepada yang berminat boleh menghubungi Abdul Latif Jufri (012-735 1714).

Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1) & (2)

Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1)
Penyelengggara: Ismail Che Daud
RM30.00
280 muka surat
Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)

Buku yang menjadi sumber rujukan penting mengenai tokoh-tokoh ulama’ Melayu ini seharusnya dimiliki oleh semua orang. Buku yang sederhana ini memuatkan sekumpulan makalah mengenai riwayat hidup tokoh-tokoh ulama’ Islam di Semenanjung Melayu yang diusahakan oleh beberapa orang penulis yang berminat dalam sejarah tempatan. Hanya tokoh-tokoh yang bergiat dan meninggal dunia sebelum 31 Disember 1957 sahaja yang dipilih untuk jilid yang pertama ini. Penyusunannya dibuat menurut kronologi kematian tokoh-tokoh utama. Pada asalnya, makalah-makalah ini merupakan makalah yang diterbitkan dalam majalah Pengasuh, kemudian dikompilasikan menjadi sebuah buku yang senang dirujuk. Sehingga kini, buku ini telah diterbitkan sebanyak tiga edisi yang sentiasa memuatkan pembetulan dan fakta-fakta tambahan.

Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2)
Penyelengggara: Ismail Che Daud
RM40.00
688 muka surat
Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)

Sebagai lanjutan kepada jilid 1 yang memuat biografi singkat tokoh-tokoh ulama’ yang bergiat dan meninggal dunia sebelum merdeka (31 Ogos 1957), maka jilid 2 ini pun memaparkan biografi ringkas tokoh-tokoh ulama’, tetapi semuanya yang meninggal dunia selepas merdeka. Bagi maksud menggenapkan bilangan tokoh di dalam buku jilid 2 edisi kedua ini kepada 40 orang serta bagi menggantikan dua orang tokoh yang dimansuhkan, kami memasukkan sejumlah 9 orang tokoh baru. Mereka ialah: Haji Yahya Kupang, Haji Husain Che Dol, Hj Abdullah Abbas Nassution, Haji Pak Man Bukit Besar, Sheikh Idris al-Marbawi, Haji Abdul Wahid Sungai Udang, Haji Wan Ali Al-Jambui, Haji Ghazali Bagan Datok dan Haji Ibrahim Bongek. Seorang tokoh ulama, iaitu Drs. Ab Ghani Azmi Idris ditambah di bawah tajuk `Dalam Kenangan' menjadikan jumlahnya seramai 5 orang. Sebanyak empat lampiran dimuatkan dengan merangkumi tajuk-tajuk berikut:Ulama' Muhajirin di Kelantan, Ulama' Kelantan di Rantau Orang, Ulama'
Terkemuka Dari Jajahan Pasir Mas dan Daftar Kematian Ulama' 1957-2000 yang dikemaskini.

Beli di:
http://upenerbitanmaik.blogspot.com

Denyut Kasih Medik

Dr Farhan Hadi
RM23.00
Telaga Biru

Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.

Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih?

Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina dalam Denyut Kasih Medik.

Beli di:
http://www.telagabiru.net.my

Ahad, Februari 21, 2010

Biografi Dr Aidh Abdullah Al-Qarni

Ahmad Ibn Fallah
RM20.00
Al-Hidayah Publishers

"Syeikh Al-Qarni merupakan sosok yang luar biasa. Ini bukan basa-basi atau hiperbola atau memberikan sesuatu yang tidak sesuai dengan kemampuan dan ukurannya. Sungguh, inilah kenyataannya. Ia bukan orang biasa. Kehadirannya, ceramahnya, penampilannya dalam kesungguhan mahupun senda guraunya memenuhi pendengaran dan pandangan manusia. Orang mengingatnya dengan rasa cinta yang dalam, mereka menggemari ceramahnya dan menunggu penampilannya di layar kaca serta merindukan khabarnya."
- Dr Muhammad Khalid

"Syeikh Al-Qarni bukanlah seorang yang kaku, tradisional, kuno, atau menjemukan, malah ia telah menghancurkan pagar-pagar kekakuan dan melepaskan rantai-rantai tradisi serta melepaskan belenggu-belenggu yang mengikat leper-leper para khatib. ia telah menjadi sekolah percontohan dan teladan yang harus diikuti. Ia menghiasi kaset-kaset Islami bagi orang banyak. Ia dicintai oleh pembesar dan dekat dihati umat."
- Dr Nasir Masfar az-Zahroni

Bila membaca biografi ulama ini, ianya benar-benar memberi keinsafan kepada kita untuk lebih mencontohi sikap,cara hidup, rutin harian dan semangat beliau.

Beli di:
http://www.hidayah.com.my

Jumaat, Februari 19, 2010

Al-Matsnawi An-Nuri - Menyibak Misteri Keesaan Ilahi

Badiuzzaman Said Nursi
RM69.50
Anatolia

Kitab al-Matsnawi termasuk buku pertama Said Nursi. Karena itu kita menemukan akar-akar pemikirannya di sini. Setiap pemikiran yang terdapat dalam buku ini—yang laksana janin, tunas, atau salah satu tetesan pemikirannya yang bersinar—pada masa sesudahnya menjadi sungai yang mengalir, air terjun, kebun yang seluruh sisinya dihiasi bunga mawar, atau seperti hutan yang dipenuhi pepohonan tinggi dengan dahan dan daunnya yang rindang. Ia menggerakkan semua sisi keimanan, pemikiran, dan perasaan yang halus kepada para teman dan koleganya, serta menanamkan rasa takut dan kecemasan kepada para musuh.

Dari tarikan nafas pertamanya yang ia hembuskan ke dalam jiwa kita hingga menggugahnya serta ke dalam kalbu di mana di dalamnya ia menggambarkan sejumlah pengertian baru yang bersinar seraya menggali sejumlah goresan yang terang, kami persembahkan beberapa contoh sebagai satu tetes dari lautan, satu kilau mentari, atau satu jejak dari alam wujud yang memantul dalam perasaan kita yang di sana terdengar gemanya:

Hakikat terbesar di dunia dalam pandangan Badiuzzaman dan dalam pandangan setiap pemikir muslim adalah hakikat iman dan hakikat tauhid. Seluruh wujud dalam sistem pemikiran Badiuzzaman ibarat alat tenun yang merangkai hakikat tauhid, mengukir berbagai pengertian ilahi sedikit demi sedikit, serta menyusun satu gambar yang indah. Merasakan hakikat yang memiliki substansi komprehensif ini di mana ia menyerap tujuan ilahi dan masuk ke dalam cabang yang paling kecil berikut intepretasinya sesuai makrifat ilahiah merupakan bentuk hakikat tauhid. Ia adalah pemahaman tauhid yang dimiliki masyarakat secara umum sebelum masuk ke dalam detil-detilnya yang mengantarkan kepada keyakinan.

Beli di:
http://fajarilmubaru.com.my

Senyum Manis Wali Sanga

Sebuah Novel Syiar Tanpa Pedang Para Wali Tanah Jawa
Wawan Susetya

RM35.50
Diva Press

Beli di:
http://fajarilmubaru.com.my

Nasehat Keimanan Ibnu Qayyim

Ali bin Muhammad As-Dihami
RM14.50

Shafa Publishing

Beli di:
http://fajarilmubaru.com.my

Jumaat, Februari 12, 2010

Buku Baru: Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah - Episod Silam Yang Dilupakan

Mohd Fikri Bin Che Hussin
RM35.90
Hijjaz Records Publishing

Buku yang berada di tangan anda ini adalah sebuah karya sejarah yang merentasi perjalanan kebangkitan Empayar Khilafah Uthmaniyah. Empayar ini pernah menjadi model dan ikon kemajuan dunia serta sumber inspirasi abad pertengahan di Eropah.

Para Khilafah Uthmaniyah membina empayar mereka dengan semangat Islam yang menyala dan membara. Mereka membangunkannya dengan keringat dan kesungguhan, darah dan air mata, harta benda dan jiwa, demi menegakkan syariah dan kalimah Allah.

Tidak hairanlah dengan semangat juang yang tinggi itu mereka berjaya menakluk Konstantinople yang menjadi idaman setiap bangsa dunia ketika itu. Perjuangan mereka berpandukan sabda Rasulullah s.a.w, “Konstantinople akan dapat ditakluki oleh seorang lelaki. Maka dia adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”

Janji Rasulullah s.a.w ini tertunai apabila pada tahun 1453, kota Konstantinople jatuh ke dalam genggaman Sultan Mehmed al-Fatih. Pembentukan kerajaan Uthmaniyah dengan asas kekuatan jihad Islam telah menjadikan mereka sebagai satu pasukan elit yang terlatih, berdisiplin, bersemangat, memiliki keberanian dan ketangkasan yang tiada taranya.

Malahan semangat dakwah mereka mampu merubah satu bangsa nomad yang sederhana menjadi sebuah pembangun empayar yang amat digeruni dengan kuasanya melebar ke tiga benua iaitu di Afrika, Asia Tengah dan Eropah hingga menjangkau ke benteng kota Vienna, Austria.

Paul Kennedy menyatakan dalam tulisannya :

“Empayar Uthmaniyah bukan hanya sebuah kerajaan tentera malahan ia mampu menjadi penakluk elit yang dibentuk dari satu kesatuan iman, budaya dan bahasa pada sebuah kawasan yang lebih luas dari Empayar Rumawi (Byzantine) dan bagi penduduk yang lebih besar jumlahnya. Dalam beberapa abad sebelum kurun ke-14, Islam telah melampaui Eropah dalam bidang kebudayaan dan teknologi. Kota-kotanya sangat luas, tersusun dan perairan yang sangat baik. Beberapa kota turut mempunyai perpustakaan yang lengkap dan masjid yang indah. Dalam bidang matematik, kartografi, perubatan dan aspek lain daripada jurusan sains dan industri, kaum muslimin sering terkehadapan.”

MOHD FIKRI BIN CHE HUSSAIN

mohdfikrihussain1@yahoo.com mohdfikri.com/blog
___________________________________________________
PERINCIAN BUKU:
Penerbit / Editor Urusan : Mohd Faizal Osman Penulis : Mohd Fikri Bin Che Hussin Editor / Pruf / Rekaletak / Aturhuruf Dalaman : Zuryati Isa Konsep Kulit Buku : Abaios/Bert Rekabentuk Kulit : Fadly Halim Muka Surat : 280 bewarna Terbitan : Hijjaz Records Publishing Edaran : Marketing Dept. HRSB Tarikh diPasarkan : Mac 2010 Harga Semenanjung : RM35.90 Harga Sabah / Serawak : RM37.90 Harga Singapore / Brunei : $16.00


Beli di:
http://lamanpenerbithrp.blogspot.com/2010/02/era-kebangkitan-kerajaan-uthmaniah.html

Jumaat, Januari 29, 2010

Tanyalah Aku Sebelum Kau Kehilangan Aku

Kata-Kata Mutiara Ali bin Abi Thalib
Dihimpunkan oleh: Syeikh Fadhullah Al-Hairi
Teks Arab turut disertakan
RM39.80
Pustaka Hidayah
169 muka surat

Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah saw, sebagaimana dikatakan oleh Rasulullah saw:

"Kedudukan Ali kw disisiku seperti diriku, ketaatan kepadanya sama dengan ketaatan kepadaku, dan kemaksiatan kepadanya sama dengan kemaksiat kepadaku”

Di antara kata-kata mutiara Ali yang indah dan bermanfaat:

”Wahai manusia, bertanyalah kepadaku sebelum kalian kehilangan aku. Sesungguhnya aku ini lebih mengerti jalan-jalan langit daripada jalan-jalan bumi. Bahkan, aku mengetahui sebelum bencana itu terjadi dan menghempaskan impian-impian umat ini”.

"Ilmu adalah sebaik-baik perbendaharaan dan yang paling indah. Ia ringan dibawa, namun besar manfaatnya. Ditengah-tengah orang banyak ianya indah, sedangkan dalam kesendirian ianya menghiburkan."

"Umur itu terlalu pendek untuk mempelajari segala hal yang baik untuk dipelajari. Akan tetapi, pelajarilah ilmu yang paling penting, kemudian yang penting dan begitulah seterusnya secara berurutan."

"Janganlah kalian memaksakan anak-anakmu sesuai dengan pendidikanmu, kerana sesungguhnya mereka diciptakan untuk zaman yang bukan zaman kalian."

"Pokok agama adalah makrifat (kenal) tentang Allah SWT.
Kesempurnaan makrifat tentangNya adalah tasdiq (membenarkan) terhadapNya.
Kesempurnaan tasdiq terhadapNya adalah dengan tauhid kepadaNya.
Kesempurnaan tauhid kepadaNya adalah dengan ikhlas kepadaNya.
Barangsiapa yang melekatkan suatu sifat kepadaNya, bererti dia telah menyertakan sesuatu kepadaNya.
Dan barangsiapa yang menyertakan sesuatu denganNya, maka dia telah menduakanNya.
Barangsiapa yang menduakanNya, maka dia telah memilah-milahkan (Zat)Nya.
Barangsiapa yang memilah-milahkanNya, maka sesungguhnya dia tidak mengenalNya.
Barangsiapa yang tidak mengenalNya, maka dia akan melakukan penunjukan kepadaNya.
Barangsiapa melakukan penunjukan kepadaNya, maka dia telah membuat batasan tentangNya.
Dan barangsiapa yang membuat batasan tentangNya, sesungguhnya dia telah menganggapNya berbilang."

"Barangsiapa yang ingin melihat kedudukannya di sisi Allah, maka hendaklah dia melihat kedudukan Allah pada dirinya."

"Sesungguhnya wali-wali Allah SWT adalah mereka yang memandang batin dunia ketika orang-orang memandang lahirnya. Mereka sibuk dengan urusan akhirat ketika orang-orang disibukkan dengan urusan dunia. Mereka telah mematikan dari dunia ini kerana mereka khawatir ia akan mematikan mereka. Dan mereka meninggalkan dunia kerena mereka tahu bahawa ia akan meninggalkan mereka."

"Wahai Tuhanku, sebagaimana Engkau telah menjaga wajahku dari sujud kepada selainMu, maka jagalah wajahku dari meminta kepada selainMu."

Akhir kata sebuah kitab dengan mutiara kata yang indah.

Beli di:
http://fajarilmubaru.com.my

Ulama Pejuang Dan Ulama Petualang

A. Suryana Sudrajat
Erlangga

Seri buku ini akan mengajak kita menyelami dunia kearifan yang tanpa batas. Bersama buku ini kita akan memungut dan menyulam satu persatu kearifan-kearifan yang selama ini masih berserakan dan tercecer di mana-mana.

Boleh jadi kearifan itu ada di dalam apa-apa yang secara eksplisit mahupun implisit terkandung dalam ajaran Islam, dalam ajaran-ajaran dan kebijaksanaan di luar Islam, dalam yang klasik dan yang modern, dalam yang religius dan yang profan. Atau mungkin saja kearifan itu bahkan dapat ditemukan dalam kebajikan dan kebejatan yang pernah ada dalam sejarah kehidupan ini.

Lihat isi bukunya:
http://books.google.com.my/books?id=QsTPfNxnD-8C&printsec=frontcover&source=gbs_navlinks_s#v=onepage&q=&f=false

Lilin Yang Tak Pernah Padam: Biografi Para Ulama Salafi

Abu Malik Muhammad ibn Abdul Wahab
2009
Qisthi Press

Ternyata, untuk menjadi salafiyun sejati bukan saja membutuhkan ilmu agama yang luas, melainkan juga butuh azam (tekad yang kuat), kesabaran dan keteguhan mental dan spiritual.

Paling tidak, itulah yang hendak ditekankan oleh penulis buku ini. Paparannya tentang riwayat hidup beberapa ulama dan tokoh salafi sejak zaman dahulu hingga sekarang akan menyedarkan pada kita, bahawa perjuangan dan tentangan mereka untuk mempertahankan akidah salafi, masih lebih besar dari yang kita lakukan saat ini.

Maka, mengenal riwayat hidup, perilaku keseharian, karya-karya dan petua-petua mereka adalah sebuah keharusan bagi generasi salafi yang ingin meneladani keperibadian, ibadah dan akhlak mereka, serta menjadi generasi penerus kejayaan Islam di masa yang akan datang.

Isnin, Januari 18, 2010

77 Silap Mata Profesional *Baru

Amar
RM23.00
PTS Milenia

Melepaskan diri dari ikatan tali?

Psikik pensel ajaib? Tali menembusi leher?

Kotak mancis hidup? Badan terapung?

Badan magnet? Ibu jari menembusi telinga?

Cakera padat terapung-apung?

Putaran misteri?

Selamat mengembara dalam dunia realiti dan ilusi. Antara realiti dan ilusi yang ada hanyalah…MAGIK.

Koleksi Ulama Nusantara - Jilid 1 & 2 *Baru

Jilid 1
Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah

Khazanah Fathaniyah

Inginkan maklumat lanjut? Boleh perolehinya dengan menghubungi Khazanah Fathaniyah/ PENGKAJI. Terdapat 43 tokoh ulama terkandung di dalamnya, yang meliputi ulama dari pelbagai pelusuk, antaranya Malaysia, Indonesia, Fathani, Campa dan pelbagai lagi. Koleksi ini adalah cantuman artikel-artikel karya al-Marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah yang pernah diterbitkan dalam akhbar Utusan (setiap hari Isnin, Kolum Mega-Bicara Agama) untuk tahun 2004 sahaja.

Jilid 2


Seperti yang dimaklumi dalam muqaddimah jilid pertama, setiap jilid akan menampilkan perbezaan pada kulit belakang buku, yang mana ianya membicarakan biografi penulis sendiri bermula dari kecil sehinggalah kembalinya beliau ke rahmatullah, dengan mempamerkan juga gambar yang berbeza antara satu jilid dengan jilid-jilid yang lainnya. Pemilihan gambar adalah dikaitkan dengan biografi yang dibicarakan, yang diselenggarakan oleh anak al-Marhum, iaitu Wan Jumaanatul Karamah.

Terdapat 50 ulama dan tokoh Nusantara yang dibicarakan dalam koleksi jilid ke II ini, yang kesemuanya pernah diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia sepanjang tahun 2005, setiap hari Isnin. Kesemua ulama dan tokoh yang dibicarakan adalah berikut:

1. Muhammad Yasin, Ulama Kedah Berhijrah ke Mempawah
(Terbitan: 3 Januari 2005)

2. Syeikh Ismail Al-Asyi, Ketua Mahasiswa Melayu Pertama di Mesir,
(Terbitan: 10 Januari 2005)

3. Syeikh Muhammad Azhari Al-Falimbani, Penyambung Aktiviti Ulama-Ulama Palembang
(Terbitan: 17 Januari 2005(

4. Raja Haji Abdullah Riau,Yamtuan Muda Riau ke IX
(Terbitan: 24 Januari 2005)

5. Syeikh Nawawi Banten, Imam Nawawi Kedua
(Terbitan: 7 Februari 2005)

6. Syeikh Ahmad Khatib Al-Minankabawi, Imam dan Khatib Masjid Al-Haram Mekah
(Terbitan: 14 Februari 2005)

7. Tok Wan Din Al-Fathani, Penyalin Karya Syeikh Daud Al-Fathani
(Terbitan: 21 Februari 2005)

8. Sultan Zainal Abidin III, Umara Bertaraf Dunia
(Terbitan: 28 Februari 2005)
9. Datuk Abdullah Musa, Mufti dan Hakim Besar Johor
(Terbitan: 7 Mac 2005)

10. Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Ulama Paling Berpengaruh di Terengganu
(Terbitan: 14 Mac 2005)

11. Kiyai Muhammad Saleh Darat, Ulama Besar Jawa Tengah
(Terbitan: 21 Mac 2005)

12. Haji Utsman Bin Abdullah, Ulama Minangkabau Kadi Kuala Lumpur Yang Pertama
(Terbitan: 28 Mac 2005)

13. Syeikh Abdul Wahhab Rokan, Mursyid Tarekat Yang Berwibawa
(Terbitan: 4 April 2005)

14. Ulama Besar Mandailing, Wasiat Pedoman Ahli Keluarga (Syeikh Abdul Ghani bin Abdul Hamid al-Khalidi an-Naqsyabandi)
(Terbitan: 11 April 2005)

15. Berguru di Mekah, Syeikh Abdul Hamid Tentang Golongan Tajdid
(Terbitan: 18 April 2005)

16. Syeikh Nik Mat Hakim, Mahkamah Syar‘ie di Mekah
(Terbitan: 25 April 2005)

17. Tok Kelaba Al-Fathani, Menyalin Pelbagai Manuskrip Melayu
(Terbitan: 2 Mei 2005)

18. Tok Gudang Al-Fathani, Ulama Dan Falak
(Terbitan: 9 Mei 2005)

19. Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani, Ulama Jihad di Banten
(Terbitan: 16 Mei 2005)

20. Muhammad Khalil Al-Maduri, Guru Ulama Jawa, Madura
(Terbitan: 23 Mei 2005)

21. Syeikh Ismail Al-Minankabawi, Penyebar Al-Khalidiyah Pertama
(Terbitan: 30 Mei 2005)

22. Syeikh Abdul Hamid Kudus, Pakar Ilmu Arudh, Qawafi,
(Terbitan: 6 Jun 2005)

23. Syeikh Mahfuz at-Tarmasi, Ulama Hadits Dunia Melayu
(Terbitan: 13 Jun 2005)

24. Tuan Mukhtar Bogor, Ulama Ahli Syari'at dan Haqiqat
(Terbitan: 20 Jun 2005)

25. Tok Selehor Kelantani, Berdakwah Lewat Puisi
(Terbitan: 27 Jun 2005)

26. Imam Muhammad Dahlan, Ulama Jawa Termasyhur di Selangor
(Terbitan: 4 Julai 2005)

27. Syeikh Abdul Qadir Al-Fathani, Khalifah Syeikh Daud Al-Fathani
(Terbitan: 11 Julai 2005)

28. Syeikh Abdul Wahid al-Juhuri, Mengislamkan Sultan Buton
(Terbitan: 18 Julai 2005)

29. Wan Fatimah Al-Kalantani, Wanita Melayu Alim di Mekah
(Terbitan: 23 Julai 2005)

30. Syarif Abdur Rahman Al-Qadri, Sultan Pertama Kerajaan Pontianak
(Terbitan: 1 Ogos 2005)

31. Husein Al-Qadri, Penyebar Islam Kalimantan Barat
(Terbitan: 8 Ogos 2005)

32. Mufti Jamaluddin Al-Banjari, Ahli Undang-Undang Kerajaan Banjar
(Terbitan: 15 Ogos 2005)

33. Haji Yusuf Saigon Al-Banjari
(Terbitan: 22 Ogos 2005)

34. Syeikh Abu Bakar Palakka, Penyambung Aktiviti Syeikh Yusuf Makasar
(Terbitan: 29 Ogos 2005)

35. Fakhruddin Al-Falimbani, Ulama Kesultanan Palembang Darus Salam
(Terbitan: 5 September 2005)

36. Syeikh Muhammad Nafis Al-Banjari, Ulama Sufi Dunia Melayu
(Terbitan: 12 September 2005)

37. Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, Pengarang Sabil Al-Muhtadin
(Terbitan: 19 September 2005)

38. Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti, Menguasai Pelbagai Bidang Ilmu
(Terbitan: 26 September 2005)

39. Syeikh Muhammad Said, Cendekiawan Istana Riau
(Terbitan: 3 Oktober 2005)

40. Kiyai Muhammad Shalih Al-Fathani, Ahli Falak Nusantara
(Terbitan: 10 Oktober 2005)

41. Raja Ahmad, Doktor Kerajaan Riau
(Terbitan: 17 Oktober 2005)

42. Syeikh Muhammad Al-Fathani, Ulama Pembesar Turki
(Terbitan: 24 Oktober 2005)

43. Raja Badariyah,Cendekiawan Istana Riau
(Terbitan: 31 Oktober 2005)

44. Syeikh Ahmad Yunus Lingga, Pakar Bahasa Melayu di Mekah
(Terbitan: 7 November 2005)

45.Syeikh Hamzah al-Fansuri, Sasterawan Sufi Agung
(Terbitan: 14 November 2005)

46.Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Ulama Ahli Debat
(Terbitan: 21 November 2005)

47. Saiyid 'Utsman Betawi, Mufti Paling Masyhur
(Terbitan: 28 November 2005)

48. Pengembaraan dan Pengubatan, Muhammad Umar
(Terbitan: 5 Disember 2005)

49. Syeikh Abdul Rahman Minangkabau, Mursyid Thariqat Naqsyabandiyah
(Terbitan: 19 Disember 2005)

50. Syeikh Sulaiman ar-Rasuli, Pahlawan Mazhab Syafi'ie
(Terbitan: 26 Disember 2005)

2 Jilid = RM35

Beli di:
http://khazanahfathaniyah.blogspot.com