Rabu, Disember 30, 2009

Buku Baru: Mutiara Ahlu Bait dari Tanah Haram: Sebuah Biografi Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani

Habib Sholeh bin Ahmad Al-Aydrus
277 halaman

Di dalam membaca sejarah atau biografi orang-orang soleh akan menggugah jiwa kita untuk senantiasa meneladaninya. Dengan melihat kehidupan mereka yang penuh kebaikan dan ibadah akan meningkatkan semangat untuk cinta kebaikan dan ibadah seperti mereka.

Setidaknya itulah yang terkandung di sebalik penulisan biografi Prof Dr As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani, seorang muhaddis dan tokoh ulama sunni abad ini.

Tidak diragukan lagi, kehadiran beliau merupakan rahmat untuk umat ini. Beliau merupakan pewaris kekasih kita Nabi Muhammad saw dari sisi nasab mahupun keilmuan. Beliau telah berhasil mencetak generasi penerus dakwah Nabi Muhammad saw yang handal. Terbukti murid-murid beliau menyebar di penjuru dunia islam dengan memikul misi dakwah dan menyebarkan ilmu agama yang suci.

Sungguh jasa dan sumbangsih beliau terhadap Islam dan muslimin begitu besar dan teramat mulia.

Buku ini sendiri ditulis salah seorang murid beliau yang kini telah menjadi seorang ulama yang berpengaruh, Habib Sholeh bin Ahmad Al-Aydrus.

Buku ini terasa lebih nyaman untuk dibaca kerana juga dilengkapi beberapa foto-foto ekslusif yang berkaitan dengan beliau.

Beli di:
http://www.kiosislami.com/101,mutiara-ahlu-bait-dari-tanah-haram.html

Manaqib Tiga Permata Masjid al-Haram

Syeikh Muhammad Fuad Al-Maliki
RM10.00
Abnak Printing

Beli di:
http://al-sunnah-bookstore.blogspot.com

Al-Maliki Ulama' Rabbani Abad Ke-21

Syeikh Muhammad Fuad Al-Maliki
RM35.00
Abnak Printing


Buku mengenai biografi Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani.

Beli di:
http://al-sunnah-bookstore.blogspot.com

Isnin, November 23, 2009

Penggetar Iman Di Medan Jihad - Tiga Arsitek Jihad Kontemporer

Sayyid Qutb, Abu Ala al-Maududi & Hasan Al-Banna
RM16.50
Uswah

Kuserukan jihad untukmu!
Penggetar Iman Di Medan Jihad
Hentakan ke medan jihad
Kuserukan panggilan jihad untukmu!
Kwariskan panggilan jihad untukmu!

“Pemikiran ketiga tokoh pergerakan Islam tentang jihad yang tertuang dalam risalah ini menyadarkan kita tentang tugas kemanusiaan dan tanggung jawab sebagai Muslim dalam kaitan penegakan Islam.” Abu Ridho (aktivis dan pemerhati gerakan Islam).

“Persiapkanlah jiwa-jiwa kalian untuk melakukan kerja yang mulia dan besar, berusahalah untuk mati secara mulia sehingga Allah akan memberikan kehidupan kepada kalian, dan ketahuilah bahwa kematian pasti akan datang, dan hal itu terjadi hanya satu kali; jika kalian menjadikannya mati di jalan Allah maka itulah sebuah keberuntungan di dunia dan ganjaran yang besar di akhirat..." (Hasan Al-Banna, mengajak seluruh umat Islam untuk berjihad Palestina pada tahun 1948)

“Jika ajalku telah tiba, maka tak ada seorang pun yang mampu mencegah kematianku, namun jika kematian belum saatnya maka apa pun usaha mereka tak mungkin akan berhasil juga”
(Abu Ala al-Maududi, setelah ia mendengar vonis hukuman mati atas dirinya karena protesnya dalam kasus Ahmadiyah dan tuntutannya agar pemerintah Pakistan menjadikan Ahmadiyah sebagai minoritas non-Muslim)

“Ketahuilah, kami mati dan mengorbankan diri demi membela dan meninggikan kalimat Lâ ilaha illa Allah, sementara engkau mencari makan dengan Lâ ilaha illa Allah.” (Sayyid Qutb, ketika menanggapi seorang syeikh suruhan pemerintah Gamal Abdul Nasser yang meminta Qutb mengingat Allah tatkala bersiap-siap dieksekusi hukum gantung)

Beli di:
http://fajarilmubaru.com.my

Agar Bidadari Cemburu Padamu

Salim A. Fillah
RM 25.50
Pro-U Media

Agar Bidadari Cemburu Padamu merupakan buku untuk para wanita yang inginkan kenikmatan syurga dalam setiap saat kehidupannya. Buku ini juga sesuai untuk para lelaki dalam mendalami bagaimana memperlakukan wanita dengan keadilan syariat Allah.

Agar Bidadari Cemburu Padamu dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama mengandungi dua bab yang berkisar tentang penciptaan wanita dan persamaan taraf wanita dan lelaki di sisi Allah. Bahagian kedua pula berdiskusi tentang keterbatasan aurat para muslimah dengan mengenengahkan syarat-syarat pakaian muslimah. Cinta dan wanita sememangnya amat menarik untuk dibahaskan,dan justeru itu,penulis memuatkan bab-bab seterusnya dengan apakah cinta, nilai-nilai cinta bersamaan Allah dan kelas-kelas cinta. Sebagai penutupnya, penulis mengutarakan kisah-kisah para isteri salafussoleh dalam menjana baitul muslim berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Di dalam bab pertama ini, penulis cuba mem bawa minda para pembaca tentang kasih sayang(Ar-Rahman dan Ar-Rahim) Ilahi kepada hambaNya. Sesungguhnya, nikmat Islam itu merupakan nikmat yang paling berharga yang dikurniakan kepada makhlukNya, yang mana dengan pentarbiahan Dinul Islam,manusia mampu untuk mengecapi keindahan alam semesta dan mampu bersyukur di atas kurniaNya. Sepertimana firman Allah:

Dialah yang menurunkan ayat-ayat yang terang(al-Quran) kepada hambaNya(Muhammad) untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya.Dan sungguh, terhadap kamu Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang. (Al-Hadid:9)

Namun,bukan semua makluk yang diciptakan Allah mensyukuri nikmatNya.Ada yang tenggelam di dalam lautan nikmat Ilahi, tanpa sedikit pun terbitnya rasa kesyukuran. Namun sebaliknya, amatlah beruntung bagi mereka yang berfikir,meneliti dan memerhati ciptaan Allah lalu lahirlah ke’izzahan terhadap Islam.

Begitu juga dengan penciptaan wanita.Bukannya kewujudan wanita hanya untuk menemani kesunyian kaum Adam,bukannya untuk diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki,bukannya untuk ditanam hidup-hidup dan wanita juga bukan barangan untuk diperdagangkan.Namun,wanita itu diciptakan dengan sebaik-baik penciptaan untuk kebersamaan kaum lelaki dalam beribadah kepadaNya. Rasulullah saw bersabda:

“Selalu wasiatkan kebaikan kepada para wanita.Karena mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan bagian yang paling bengkok dari jalinan tulang rusuk ialah tulang rusuk bagian atas. Jika kalian paksa diri untuk meluruskannya, ia akan patah. Tetapi jika kalian mendiamkan diri, ia akan tetap bengkok. Karena itu, wasiatkan kebaikan kepada para wanita (HR Al-bukhari dan Abu Hurairah)

Jika pada zaman jahiliyah merupakan zaman yang paling ngeri bagi kaum wanita,namun, dengan terbitnya sinar Islam, martabat wanita diangkat menjadi mulia.Tanpa nilai diskriminasi,tanpa pembunuhan hidup-hidup dan tanpa penyeksaan zahir mahupun batin.Melalui hadis tadi,Islam mengangkat wanita dari ranjang kegelapan menuju alam keangunganNya.Di sinilah,peranan wanita digandingkan dengan lelaki dalam berdiskusi,saling mengingatkan, saling memberi wasiat tentang kebenaran, kesabaran dan kasih sayang.Wanita dan lelaki saling bergandingan tangan dalam menjalankan amanah Allah ,menikmati kehidupan yang lebih sempurna dan mendapatkan ganjaran yang lebih baik terhadap apa yang mereka kerjakan.Firman Allah fi kitabihi Al-Aziz:

Baragsiapa mengerjakan kebaikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kehidupan yang baik… (An-Nahl:97)

Betapa Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya Allah, kepada kaum wanita,setelah penurunan wahyu-wahyu Ilahiah,maka martabat diri wanita dipandang tinggi.Namun, segelintir wanita merasa marah jika selalu diposisikan sebagai makhluk yang sentiasa dikasihani.Insya Allah,dalam bab kedua, penulis membahaskan kekuatan dan kegagahan wanita berlandaskan syariat Allah.

Di dalam bab yang kedua ini, kita akan lebih berhusnuZhun pada Allah dengan merenung ayat-ayatNya yang membela kedudukan kaum hawa dari tohmahan kuffar yang mengatakan Islam menindas hak-hak kebebasan wanita.Sehubungan dengan itu, penulis cuba menggunakan pendekatan dalil-dalil naqli dalam menerangkan tentang kepimpinan wanita,soal warisan dan akal serta agama yang mana membuktikan Allah tidak sesekali mendiskriminasikan hambaNya,lelaki dan perempuan.

Bila menyentuh soal kepimpinan,sememangnya kita sedia maklum bahawasanya Allah berfirman:

Kaum lelaki adalah qawwam atas kaum perempuan…(An-Nisa’:34)

Sebenarnya kalimah qawwam atau kepimpinan mengikut Al-Qardhawi dalam Fatawi Mu’ashirah berhubung kait dengan kepimpinan dalam kekeluargaan.Lelaki atau suami sebagai ketua keluarga dan isteri sebagai pembantunya.Tetapi, Islam bukan hanya mengehadkan wanita untuk berada dalam kepungan keluarganya, malahan Islam membenarkan wanita untuk menguasai bidang ijtihad, pendidikan dan pembelajaran, ilmu hadith dan pentadbiran.Contohnya, ummahatul mukminin,’Aisyah Binti Abu Bakar telah mengetuai Waqa’atul Jamal yang didampingi oleh Thalhah dan Az-Zubair.Sesungguhnya,dalam posisi kepimpinan masing-masing,Allah telah meletakkan keindahan, yang mana lelaki dan wanita bukan musuh yang saling merendahkan prestasi diri tetapi mereka adalah dua jiwa yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Sesungguhnya wanita adalah belahan tak terpisah dari lelaki (HR Ahmad dan Al-Baihaqi)

Di dalam soal akal dan agama, sememangnya wanita mempunyai nuqshan(kekurangan) jika dibandingkan dengan kaum lelaki.Tetapi,jangan tersilap andaian, kekurangan yang dimaksudkan ini adalah kekurangan dari segi kuantiti, bukannya dari segi kualiti.Jika direnung kembali,wanita sememangnya kurang dalam kuantiti ibadahnya lantaran kedatangan haid,seperti solat dan puasa.Manusia diciptakan serba kekurangan jika dibandingkan dengan Maha Kuasa Allah.Sesungguhnya,kekurangan akal dan agama pada wanita bukanlah sesuatu yang ghaib dan memalukannya,tetapi Allah gantikan kekurangan itu dengan kelembutan, penyayang, dan sifat keibuan.Sebagaimana lelaki,walaupun mereka hebat dengan akal dan agamanya, tetapi,mereka memiliki kekurangan kepekaan dan kehalusan perasaan.Dan ini memang membuktikan wanita dan lelaki adalah pelengkap antara satu sama lain.

Wanita diibaratkan seperti misykat (tempat letak pelita) iaitu cantik berkilau bila diletakkan di tempat yang tersembunyi,bersudut dan membatasi serakan cahayanya.Begitulah perumpaan wanita yang solehah. Rela diri dibaluti oleh helaian kain yang tebal demi menjaga aurat dan mahkota kewanitaannya.Di sini, penulis mengutarakan ciri-ciri pakaian muslimah yang digariskan oleh al-quran dan as-sunnah,iaitu: 1)menutup dan melindungi seluruh tubuh, selain yang dikecualikan, 2)bukan tabarujj(menunjuk-nunjuk) 3)kainnya tebal 4)kainnya tebal,tidak sempit 5)tiada haruman pewangi 6)tidak menyerupai pakaian lelaki 7)tidak menyamai pakaian orang kafir, dan 8)bukan merupakan libasyuh syuhrah( pakaian populariti). Inilah tatacara yang Allah tetapkan untuk para wanita agar terpelihara auratnya dari pandangan lelaki ajnabi,kecuali pada suami dan anak-anaknya.Lihatlah betapa sayangnya Allah pada kaum Hawa sehinggakan perkara aurat dan keterbatasan ini menjadi pokok persoalan dalam beragama supaya wanita muslimah tetap mempesona dan anggun dalam penampilannya tanpa perlu mendedahkan kehalusan dan keindahan badannya.

Di dalam bab yang seterusnya,penulis berbicara dengan panjang lebarnya tentang penghayatan cinta terhadap sesama manusia dan yang pastinya cinta wanita terhadap lelaki.Mencintai dan dicintai merupakan lumrah kehidupan jiwa yang bernama manusia.Sesungguhnya, cinta para wanita solehah bukan pada hartanya,bukan pada ketampanannya, bukan pada kebangsawanannya tetapi, cinta mukminah solehah adalah terhadap akhlaq dan budi pekerti sang jejaka.Allah telah menukilkan kisah cinta puteri Nabi Syu’ib di dalam Al-Quran yang berfirman

Salah seorang dari kedua puteri itu berkata, “Wahai ayahanda, ambillah ia sebagai orang yang bekerja untuk kita. Kerana sesungguhnya orang yang paling baik ayah ambil untuk bekerja ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai. (Al-Qashash:26)

Daripada ayat di atas, kita sedia maklum bahawasnya puteri Syui’b tertarik dengan kerajinan dan amanah yang ditunjukkan oleh Musa as,tetapi dengan segala sifat malunya,kesukaan itu dilontarkan dalam bentuk yang tersirat iaitu bercadang untuk dijadikan Musa sebagai pekerja.Lihatlah disekeliling kita, betapa jauhnya nilai masyarakat hari ini dalam memahami pengajaran dari Al-Quran dan As-Sunnah.Anak-anak muda tanpa segan silu menjual maruah diri untuk mencapai nikmat sebuah percintaan.Na’uzubillah.Namun begitu,mencintai dan dicintai tidak sesekali terlarang oleh agama.Malah, di dalam Al-Quran telah diberitakan tentang sifat kecintaan manusia sesama manusia di dalam surah Ali ‘Imran ayat 14

Dijadikan indah bagi manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini syahwat dari wanita-wanita, anak-anak dan harta yang banyak dari jenis emas,perak, kuda pilihan, ternak dan sawah ladang…( Ali ‘Imran : 14)

Kenapa Islam tidak melarang penganutnya untuk bercinta?sedangkan, dunia hari ini membuktikan cinta adalah virus pemusnah dalam kehidupan anak-anak remaja,pemusnah jiwa yang merdeka,pengacau keaktivisme seorang akhawat, dan yang paling syadid adalah cinta membawa maut.Sesungguhnya, cinta adalah suci dan ikhlas, namun, bila cinta kebersamaan syaitan, syahwat dan syubhat, maka cinta merupakan penyakit dan pemusnah jiwa manusia.Firman Allah

Dan hendaklah menjaga kesucian dirinya, orang-orang yang belum mampu menikah, hingga Allah mengayakan mereka dari kurniaNya…(An-Nur:33)

Cinta bukan hanya terbatas kepada cinta sesame manusia, tapi, makna cinta merangkumi cinta kepada Allah, Rasulullah, Hari akhirat dan jihad fi sabillah.Bagi seorang insan, bagaimana untuk menyatakan rasa kecintaan terhadap Pencintanya telah pun digariskan dalam Islam:

Katakan hai Muhammad: jika adalah kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku. Maka Allah akan mencintai kalian dan ia ampuni segala dosa kalian….(Ali Imran:31)

Jadi, ambillah pengajaran daripada Al-Quran dan As-Sunnah dalam menitipkan rasa cinta terhadap Azza Wa Jalla.Selami kehidupan para rasul dan ummahatul mukminin dalam ketaatannya kepada Rabb.

Bahagian yang terakhir dalam buku ini membicarakan tentang pernikahan dan bagaimana pernikahan dijadikan platform untuk menggarap syurga Firdaus.Sebelum menjadi milik seorang lelaki yang bernama suami,seseorang wanita itu perlulah menimbang tara beberapa criteria diri seperti mengukur kualiti diri sendiri,mempersiapkan kualiti diri, berserius dalam ta’aruf dan melakukan ujian kualiti diri seperti bertanyakan kepada calon suami apakah motivasinya daripada perkahwinan nanti.

Bab yang terakhir ini pula hanya menyentuh tentang keangungan perempuan di sisi suami, di tengah keluarga dan masyarakat.Di sinilah kita didedahkan dengan kesetian Nailah AlFarafisyah yang berkahwin dengan Saidina Utsman bin Affan ketika berumur 18 tahun dan Saidina Utsman berumur 81 tahun,kecerdasan akal dan kemanjaan ‘Aisyah, kelembutan dan ketabahan Saidina Khadijah, dan ketaatan isteri para syuhada dalam menegakkan kebenaran seperti Ummu Usamah, isteri Hassan Al-Hudaibi, dan Aminah Quthb, isteri Kamal Asy Syananiri.

Sebagai kesimpulannya, Agar Bidadari Cemburu Padamu ingin mengajak kita menghayati erti kesalihan dan makna keimanan sebagaimana Allah dan Rasulnya kehendaki.Tambahan pula, buku ini mampu memberikan motivasi dan semangat serta petunjuk dalam menjalani kehidupan kebersamaan Allah.Moga buku ini mampu menjadi sumbu dalam membakar jiwa-jiwa syurga untuk mengolah potensi menjadi gerak kerja ‘amal kesalihan, perbaikan diri dari hari ke hari.Kemudian, kalau ada bidadari yang cemburu pada kita atas keshalihan demi keshalihan yang kita capai, maka biarlah dia cemburu.Biarlah itu menjadi risiko menempuhi jalan kebenaran, kesucian, dan kemuliaan yang telah kita azzamkan.

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah pada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhai, maka masuklah ke dalam jannahKu…(AlFajr :27-30)

Beli di:
http://fajarilmubaru.com.my

100 Kisah Kepahlawanan Wanita

Imarah Muhammad Imarah
RM21.50
Pustaka Al-Kautsar

Wanita adalah makhluk Allah yang diciptakan memiliki pesona fizik dan keindahan. Namun, di balik pesona fizik tersimpan sejuta pesona akhlak. Salah satunya adalah sikap kepahlawanan.

Buku ini meyebutkan 100 kisah kepahlawanan para wanita sepanjang zaman. Kisah Khadijah yang setia menemani perjuangan Nabi, kesabaran Aisyah dalam menghadapi fitnah, kepahlawanan Safiyah mengangkat senjata melawan musuh Islam, keberanian Ummu Al-Khair berani berkata benar dihadapan penguasa, hingga kisah kerelaan Fatimah, isteri Umar bin Abdul Aziz, meninggalkan gelimang materi demi mencari redha Ilahi, semuanya ada dibuku ini.

Dengan membaca kisah-kisah nyata ini, diharapkan menjadi inspirasi bagi para wanita di zaman sekarang supaya menjadi pahlawan bagi keluarga, negara, dan agamanya. Selamat membaca, kesuksesan sudah menanti di depan anda.


Beli di:
http://www.fajarilmubaru.com.my

Ahad, November 08, 2009

Jom Mengetop

Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
RM10.00
Karya Bestari

Kejayaan. Itulah yang kita cari bagi memberi makna di dalam hidup ini. Sama ada ia adalah kejayaan fizikal di dunia, kejayaan emosional untuk peribadi mahupun kejayaan spiritual untuk akhirat, kejayaan turut memberi kita kebahagiaan. Namun, kejayaan yang hebat pula adalah kejayaan bila kita berada di tangga teratas. Ertinya mendapat nombor satu, paling hebat, paling best dan paling top. Ini kerana, bila kita top, kita menjadi insan yang terbaik antara yang terbaik.

JOM MENGETOP adalah sebuah buku yang membicarakan tentang bagaimana hendak mencapai puncak kejayaan. Disampaikan dengan cara santai dan selamba, JOM MENGETOP menyentuh pelbagai aspek yang antaranya adalah agama, cabaran, cinta, emosi, hobi, kasih sayang, kekuatan motivasi dan banyak lagi. Terdapat lebih 100 topik yang dibicarakan di dalam buku yang comel ini. Mudah-mudahan anda akan terpanggil untuk memperbaiki kejayaan selepas menamatkan bacaan buku ini.

Beli di:
http://www.alaf21.com.my/page22.htm

Terputusnya Ilmu Para Ulama

Syaikh Majdi Fathi As-Sayyid
Pustaka At-Tibyan

Tahukah anda bahawa di antara ulama yang paling ditakuti oleh syaitan adalah Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah? Saking penasarannya syaitan pernah mengajak Imam bin Hanbal untuk kufur kepada Allah SWT menjelang ajalnya. Lantas apa yang dilakukan oleh Imam bin Hanbal terhadap syaitan laknatullah alaihi tersebut? Kisah ini hanyalah merupakan sekelumit kisah dari puluhan kisah yang akan anda temukan dalam buku ini tentang misteri kematian para ulama terdahulu. Tidak ada yang diharapkan oleh mereka selain akhir kematian yang baik (husnul khatimah). Sebuah tujuan hidup yang banyak dilupakan oleh kaum muslimin. Kerana tanpa husnul khatimah dunia dan seisinya tidak akan bererti selama-lamanya tahukan anda mengapa demikian? Tahukah anda bagaimana orang yang telah mendapatkan husnul khatimah tersebut? Buku ini akan menjadi jawabannya.

Bukan Main Lagi

Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
RM10.00
Karya Bestari

Mereka yang telah terbiasa dengan pendekatan motivasi santai Dr HM Tuah Iskandar al-Haj merasakan BUKAN MAIN LAGI satu kelainan dan menepati kehendak jiwa. Sekali lagi beliau tampil dengan hasil karya yang akan menambah khazanah negara dalam aspek motivasi perbukuan.

Motivasi santai kali ini menekankan aspek tekanan untuk lebih mencerlah hebat. Cabaran itulah menjadikan kita apa dan siapa. Baginya, kecemerlangan perlu dibuktikan dalam bentuk benda.

Kecemerlangan tidak hanya kata-kata, tetapi hasil. Ia mesti dilihat, dirasai serta boleh dinikmati hasilnya bersama. Kecemerlangan tidak boleh diukur oleh banyak mana ilmu yang dimiliki, tetapi tersimpan teguh sebagai milik peribadi. Yang penting, apakah ilmu itu bermanfaat untuk orang lain juga? Ilmu bukan sekadar untuk dibicarakan, tetapi untuk diterjemahkan.

Beli di:
http://www.alaf21.com.my/page22.htm

Mereka Adalah Para Shahabiyah

Mahmud Mahdi Al-Istanbuli dan Musthafa Abu An-Nashr
Pustaka At-Tibyan

Anda pernah mendengar tentang puteri Imam Malik? Tidak ada satu haditspun yang dihafal oleh Imam Malik melainkan putrinya juga menghafalnya. Pernahkan Anda mendengar kisah fatimah binti Malik bin Hisyam istri dari khalifah Umar bin Abdul Aziz? Memiliki kakek seorang khalifah, memiliki empat orang saudara laki-laki semuanya juga menjadi khalifah. Meskipun ia meruypakan orang paling kaya di jamannya, akan tetapi suatu hari setelah dia menikah dengan Umar bin Abdul Aziz dia berkata,”Wahai suamiku, aku tahan untuk menanggung lapar dan dahaga di dunia ini tetapi aku tidak akan tahan dengan pedihnya azab neraka Jahanam kelak di akhirat bila engkau memberikan aku dan anak-nakmu dari nafkah yang haram,” Subhanallah! Padahal mereka hanyalah wanita yang didik oleh para ulama di zaman mereka, tidak pernah bertemu dengan para sahabat apalagi bertemu dengan Rasulullah. Jika demikian keadaan mereka maka bagaimana dengan keadaan para wanita yang langsung berasal dari Rasullullah? dan Rasulullah menjadi guru dan pendidik mereka? Andai ingin tahu? Jangan tunda lagi, sekarang saatnya Anda membaca buku ini!

Mereka Adalah Para Tabi’in

Dr. Abdurrahman Ra’fat Al-Bassya
Pustaka At-Tibyan

“Kemunduran sebuah bangsa, kerana mereka tidak mengenal sejarah dan tokoh-tokoh mereka” demikianlah yang diungkapkan oleh seorang sejarawan Islam Ibnu Khaldun dalam kitab Al-Muqaddimahnya. Mungkin inilah salah satu sebab kemunduran Islam abad ini. Kaum muslimin lebih mengenal sejarah agama lain dan tokoh-tokohnya daripada sejarah agama mereka sendiri. Padahal dengan mengenal sejarah Islam dan tokoh-tokohnyalah, kita akan menggenggam kembali dunia ini, sebagaimana para pendahulu kita. Tahukah Anda, bahwa di antara sejarah Islam yang ditulis dengan tinta emas oleh para sejarawan Islam dan Barat adalah Sejarah Tabi’in. Ada apa dengan mereka? Mengapa Sejarawan Barat ikut mengabadikan sejarah mereka, dan membahasnya dalam kajian-kajian dan literatur-literatur ilmiyah mereka? Pastikan Anda membaca buku ini!

Isnin, Oktober 05, 2009

Perjalanan Meminang Bidadari: Kisah Nyata Para Syuhada Abad Baru

Herry Nurdi
RM26.50
Cakrawala Publishing

Di dalam buku ini diceritakan bahawa Hasan al-Banna sudah hafal al-Quran sejak usia 14 tahun. Ia sering menjadi maah termuda solat subuh di masjid pad
a saat itu. Bahkan, ia yang berkeliling dari pintu ke pintu membangunkan orang-orang untuk solat subuh di masjid. Ia menjadi siswa terbaik di SMU nya pada saat itu. Ia gemar menulis sejak kecil. Dan satu hal yang tidak lazim dilakukannya ketika masih duduk di bangku sekolah mu’alimin. Ia mengenakan baju panjang jubah, berserban putih dan hanya memakai sandal. Dengan bangga ia mengatakan, hendak mengikuti sunnah, ingin seperti Nabi.

Sedang Sayyid Qutb telah hafal al-Quran di usia 10 tahun. Ia adalah seorang yang melampau zamannya. Dialah pengarang buku fenomenal Fi Zilal Al-Qur’an (Di bawah Lindungan l-Quran) yang dikarangnya pada saat ia di penjara dan Ma’alim Fi At-Thariq (Petunjuk Jalan). Berkali-kali masuk penjara. Dan harus tewas di tiang gantungan karna ia berani menentang penguasa tiran pada saat itu, Gamal Abdul Nasser.

Dan yang lebih mencengangkan lagi adalah pemuda yang bernama Yahya Ayyash, ia telah hafal al-Quran sejak usia 6 tahun. Menakjubkan. Orang ini tak banyak bicara. Lebih banyak diam. Namun memiliki embrio kecerdasan tingkat tinggi. Kepalanya siap menerima frekuensi ilmu berapapun. Ialah lelaki yang dijuluki seribu wajah. Karna ia bisa menyamar menjadi apapun, bisa menyelinap batasan apapun lalu menitipkan sebuah bom dan dalam hitungan detik akan merenggut nyawa musuh-musuh Palestin. Ia ahli pula dalam hal merakit bom. Israel sering dibuat kalang kabut oleh helahnya. Namun, ia mati di usia muda akibat helah keji Izrael.

Dan satu lagi yang tak kalah menakjubkannya. Kenal kan dengan Syeikh Ahmad Yasin? Lelaki berkerusi roda yang lumpuh total namun penuh karismatik itu. Dialah pemimpin HAMAS. Melawan kepongahan Israel melalu kerusi roda. Namun, dialah orang yang mampu membuat Israel tak nyenyak dalam tidurnya. Dialah pengobar api jihad di Palestin. Pengobar gerakan Intifada yang masih bisa kita lihat hingga saat ini. Namun apa daya. Diapun harus mati dalam perjuangannya. Israel membutuhkan roket-roket ganas untuk membunuhnya. Membunuh seorang datuk tua yang lumpuh total, namun penuh dengan kemuliaan hidup.

Nah teman, bagi anda yang ingin mencari semangat dari perjuangan heroik manusia-manusia mulia ini, maka disarankan untuk membaca buku ini. Insya Allah bisa menambah semangat kita dalam berjuang di jalan Allah asalkan kita mahu untuk meneladani apa-apa yang telah di lakukan oleh pendahulu-pendahulu kita.

Antara tokoh-tokoh syuhada yang terdapat di dalam buku ini:

1. Dzokhar Dudayev, “Para ibu akan merasa merugi jika tidak mengeluarkan anak seperti Dzokhar Dudayev dari rahimnya”

2. Ibnul Khattab, “Lelaki yang sangat merindukan surga”

3. Syamil Basayev, “Menyusul kaki yang menunggu di taman surga”

4. Hasan al-Banna, “Guru Para Syuhada”

5. Sayyid Qutb, “Lelaki yang bersyahadat dengan hidupnya”

6. Syeikh Abdullah Yusuf Azzam, “Lelaki yang menjadikan jihad sebagai urusan keluarga”

7. Yahya Ayyash, “Pemuda permata hati para bidadari”

8. Syeikh Ahmad Yasin, “Pemilik kursi roda yang menggelorakan jiwa”

9. Abdul Aziz Rantisi, “Aku memilih mati di depan Apache”

10. Khalid Islambouli, “Lelaki yang meminang bidadari”

Beli di:
Fajar Ilmu Baru

Dua Pendidik Sejati

Abdul Qadir bin Umar Mauladdawilah
Pustaka Basma

Habib Abdullah bin ‘Abdul Qadir bin Ahmad BalFaqih al-’Alawi adalah ulama yang masyhur alim dalam ilmu hadits. Beliau menggantikan ayahandanya Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad BalFaqih sebagai penerus mengasuh dan memimpin pesantren yang diasaskan ayahandanya tersebut pada 12 Rabiulawal 1364 / 12 Februari 1945 di Kota Malang, Jawa Timur.

Pesantren yang terkenal dengan nama Pondok Pesantren Darul Hadits al-Faqihiyyah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pesantren ini telah melahirkan ramai ulama yang kemudiannya bertebaran di segenap pelusuk Nusantara. Sebahagiannya telah menurut jejak langkah guru mereka dengan membuka pesantren-pesantren demi menyiarkan dakwah dan ilmu, antaranya ialah Habib Ahmad al-Habsyi (PP ar-Riyadh, Palembang), Habib Muhammad Ba’Abud (PP Darun Nasyi-in, Lawang), Kiyai Haji ‘Alawi Muhammad (PP at-Taroqy, Sampang, Madura) dan ramai lagi.

Bapak dan anak sama-sama ulama besar, sama-sama ahli hadits, sama-sama pendidik ulung dan bijak. Merekalah Habib Abdul Qadir dan Habib Abdullah. Masyarakat Malang dan sekitarnya mengenal dua tokoh ulama yang sama-sama kharismatik, sama-sama ahli hadits, sama-sama pendidik yang bijaksana.

Mereka adalah bapak dan anak: Habib Abdul Qadir Bilfagih dan Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bilfagih. Begitu besar keinginan sang ayah untuk “mencetak” anaknya menjadi ulama besar dan ahli hadis – mewarisi ilmunya. Buku ini berusaha untuk menguak sedikit atsar dan biografi dari kedua tokoh tersebut.

Secangkir Hikmah

Abdul Qadir bin Umar Mauladdawilah
Pustaka Basma

Kekuatan kata-kata mampu membangkitkan seseorang dari koma yang panjang, begitu kata orang bijak. Memang sebuah kata positif dapat memberikan secercah sinar terang di tengah kegelapan. Apalagi bila kata-kata itu terucap dari lisan ulama dan orang-orang shalih. Kata mutiara, hikmah, nasehat serta motivasi tersebut dapat membangkitkan semangat serta fikiran untuk giat dalam berbuat kebajikan.

Buku ini berisi kumpulan kata mutiara dan motivasi hikmah dari para Sahabat Nabi saw, auliya’, ulama, dan shalihin sebagai pedoman dalam kehidupan. Semua nasehat yang mereka ucapkan bersumber dari Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw.

Di dalam buku ini terdapat nasehat, antara lain: Sayyidina Abubakar Ash-Shidiq, Sayyidina Umar bin Khattab, Sayyidina Usman bin ‘Affan, Sayyidina Ali bin Abi Thalib, para Sahabat Nabi saw, para ahli hikmah, para tokoh-tokoh sufi, para salafunasshalihin, para imam madzhab, para tokoh Auliya’ Hadramaut dari kalangan Ba’alawi, diantaranya: Asy-Syeikh Abubakar bin Salim, Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad, Al-Habib Ali Al-Habsyi, Al-Habib Ahmad bin Hasan Al-Attas, dan masih banyak lagi. Hingga para tokoh Auliya’ Negeri ini, diantaranya: Al-Habib Abdullah bin Muhsin Al-Attas, Al-Habib Alwi bin Muhammad bin Thohir Al-Haddad, Al-Habib Abdul Qadir Bilfaqih, Al-Habib Shaleh Tanggul, dan masih banyak lagi. Serta kami tampilkan pula nasehat dari ulama zaman ini Al-Habib Umar bin Hafidz dari Tarim, Hadramaut, dan lain-lainnya.
Dalam kenyataannya, kata-kata hikmah tersebut diyakini dapat memberikan motivasi serta dampak psikologis yang mengarahkan seseorang kepada satu tujuan. Motivasi dapat membuat keadaan dalam diri individu muncul, terarah serta dapat membuat perilaku semakin berkualitas dan bermutu. Di dalam setiap perbuatan manusia, sudah pasti terdapat motivasi yang melatar belakanginya sebagai landasan kenapa perbuatan itu dilakukan. Dan motivasi yang positif akan mengarahkan seseorang menuju kesuksesan hidup di dunia dan di akhirat kelak.

Kenapa hanya Secangkir? Bukanlah ilmu, hikmah serta nasehat para Sahabat Nabi saw, para auliya’, ulama dan shalihin sangatlah luas dan bagaikan laut yang tak bertepi? Nah, justru itulah jawabannya... Buku ini hanyalah secangkir dari luasnya ilmu, hikmah dan nasehat mereka.

Buku ini lebih istimewa karena di dalamnya di selingi dengan foto-foto bersejarah yang ada kaitannya dengan kata-kata hikmah tersebut, di samping agar pembaca tidak cepat bosan, di tampilkannya foto-foto tersebut juga bertujuan agar kita tahu dan menambah kecintaan kita kepada para pewaris Nabi saw ini. Kutipan-kutipan hikmah dalam buku ini juga dapat dijadikan bahan referensi bagi para pengkhutbah, motivator, trainer maupun orang-orang yang ada kaitannya deng public relation.

Antara kata-kata hikmah yang terdapat dalam buku ini:

- "Cermin dan panutan umat Islam adalah Nabi Muhammad." (Imam Ghazali)

- "Semua para wali di angkat oleh Allah karena hatinya yang bersih, tidak sombong, tidak dengki dan selalu rendah diri." (Habib Abdullah bin Muhsin Al-Attas Keramat Empang, Bogor)

- “Guru yang paling bertakwa adalah Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasalam. Sebagaimana sabda Rasulullah: “Aku di didik oleh Tuhanku dengan sebaik-baiknya didikan.” (Habib Abdullah bin Muhsin Al-Attas Keramat Empang, Bogor)

Seluk Beluk Arwah Menurut Al-Quran & As-Sunnah

Majdi Muhammad Asy-Syahawi
RM21.50
Inas Media

Isnin, Ogos 03, 2009

Komik Tokoh Muslim Dunia Siri 2: Al-Khawarizmi

Penulis & pelukis: Nin Studio
Penerbit: Gema Insani Press
Tahun: 2006
Jumlah halaman: 94 m/s

Tidak banyak yang mengetahui bahawa ilmu matematik, algoritma, aljabar dan beberapa lainnya merupakan karya seorang ilmuwan Muslim bernama Al-Khawarizmi (770-840 M). Komik ini berusaha menampilkan biografi sang ilmuwan, yang dimulai sejak ia kanak-kanak. Bahagian-bahagian awal komik terasa menjemukan kerana ritmanya yang lambat dan lebih menceritakan perjalanan kedua orangtuanya pindah dari kota kelahirannya (kini bahagian dari Uzbekistan) ke arah selatan kota Baghdad. Setelah 1/3 buku, barulah cerita mulai padat.

Karya Al-Khawarizmi terhitung banyak, termasuk penciptaan bola dunia dan peta dunia, lengkap dengan perhitungan luas keliling bumi. Kitabnya Al-Jabr Wa Al-Muqabilah, adalah kitab yang kelak menjadi rujukan utama ilmu aljabar di seluruh dunia. Beliau juga menyusun kitab tentang astronomi. Ilustrasi dalam komik ini termasuk bagus dan realistis. Bahasa visual mudah difahami dan mudah diikuti.

Lihat isi komiknya:
http://books.google.com.my/books?id=JB3htlhm8bwC&printsec=frontcover#v=onepage&q=&f=false

Jumaat, Julai 24, 2009

Komik Tokoh Muslim Dunia Siri 1: Ibnu Sina

Penulis & pelukis: Nin Studio
Penerbit: Gema Insani Press

Tahun: 2006

Jumlah halaman: 100 m/s


Ibnu Sina (980-1037 M) ialah seorang ilmuwan Muslim tersohor di bidang perubatan. Lahir di kota Bukhara, Uzbekistan tahun 980 M, Ibnu Sina lahir dalam lingkungan keluarga berada. Ayahnya adalah seorang gabernor yang ditugaskan di Bukhara.

Kitabnya dalam bidang perubatan, al-Qanun Fit Tib, diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad 12 M dan lebih dikenal dengan judul The Canon. Buku inilah yang menjadi rujukan utama bidang perubatan dan ikut memajukan bangsa Barat. Kitab ini diantaranya menjelaskan tentang susunan syaraf dan peredaran darah. Kitab ini hanyalah satu dari sekian banyak kitab ilmu yang ditulis Ibnu Sina.

Antara yang menarik mengenai komik biografi Ibnu Sina ini ialah cerita dan ilustrasinya lebih mengalir dan lebih mudah dinikmati.

Jumaat, Julai 17, 2009

Mengenal Peribadi Rasulullah SAW

Syeikh Muhammad Jamil Zainu
RM12.90
Perniagaan Jahabersa

Dihadirkan buku ini di hadapan para pembaca kaum muslimin yang mulia dengan tajuk: Qutufun Minas Syamaail Al-Muhammadiyah wa Al-Adab al-Islamiyah (Meniti Jejak-jejak Keperibadian Rasulullah disertai akhlak an-Nabawiyah dan adab al-Islamiyyah. Dengan kehadiran buku ini kami berharap supaya para pembaca mahu mentelaahnya serta mahu mengikuti Rasulullah s.a.w., sama ada dari akhlaknya, adabnya, tawadhu'nya, kemurahan hatinya, keberaniannya, kemuliaannya dan tauhidnya yang murni. Apatah lagi pada zaman sekarang ini, tauhid dan akhlak perlu disebarluaskan kerana kedua-duanyalah kaum muslimin menjadi jaya dan Islam semakin tersebar.

Betapa indahnya ucapan seorang penyair:
"Sesungguhnya bangsa itu hanya tegak selama memiliki akhlak, jika mereka kehilangan akhlaknya maka punahlah mereka."

Buku ini dicerita dalam bentuk hadis-hadis sahih. Sebuah buku yang bagus, menarik dan terbaik dalam membicarakan keseluruhan keperibadian Rasulullah s.a.w. kerana ditulis oleh seorang ulama sunnah kini yang luas ilmunya dan hebat dengan gaya penulisannya.

Beli di:
http://www.jahabersa.com.my

Jumaat, Jun 26, 2009

Namanya Luqman al-Hakim

Dr Abdullah Al-Ghamidi
RM 32.50
Diva Press

Namanya diabadikan dalam salah satu surah dalam al-Quran. Namanya dilekatkan oleh Allah dengan cara/pedoman bagi para orang tua muslim/muslimah dalam mendidik anak-anaknya agar tumbuh menjadi anak-anak yang soleh/solehah. Dialah Luqman al-Hakim.

Sekalipun Luqman al-Hakim sedemikian mengesankan dan menakjubkan, tetapi sungguh tidak banyak orang yang mengenal sejarahnya, riwayatnya dan sebab-musabab keagungannya di mata Allah. Itulah sebabnya Dr. Abdullah al-Ghamidi melalui karya penelitiannya ini menyingkapkan untuk kita semua segala tirai rahsia yang menyelubungi figur Luqman al-Hakim. Mulai dari silsilahnya, kepribadiannya, kemuliaannya, karamahnya, hikmah-hikmahnya, dan tentunya 10 mukjizat wasiat pendidikan yang diwariskannya untuk kita semua.

Membaca buku yang sangat memikat ini insya Allah akan memberikan pengertian mendalam bahawa untuk menjadi orang tua yang amanah dan mulia di mata Allah maka amalkanlah segala wasiat yang diberikan Luqman al-Hakim tersebut. Sungguh, keelokan jati dirinya, capaian hikmahnya dan keagungan wasiatnya mampu memberikan harapan besar bagi kita semua (khususnya para orang tua, ulama dan pendidik) dalam memimpin anak-anak tercinta menggapai maqam pendidikan insan kamil.

Beli di:
http://fajarilmubaru.com.my

Ahad, Mei 31, 2009

Hidup Matinya Sang Pengarang

Esai-esai ini dihadirkan karena perlu dan penting, bahwa wacana klasik sudah sepantasnya dimasyarakatkan, agar polemik tentang kepengarangan tidak hanya menjadi wacana yang esoterik. Yang dibedah dalam buku ini adalah wilayah anatara dua ekstrem dengan berbagai nuansanya, yaitu: antara pengarang sebagai jenius dan sosok agung di satu pihak, dan pengarang yang harus mundur dari pentas, digantikan oleh kritikus, bahkan pembaca. Siapkah kita terima pergantian peran ini? Bila pengarang kita gusur demi kemandirian teks atau "otonomi sematik", sebalikna diharapkan pengarang perempuan yang membisu di dalam sejarah ("history") tampil dengan "herstory".

Di sini kita telusuri pertarungan pendapat yang belum tuntas. Pilihan karangan-karangan klasik dalam buku ini pantas dibaca oleh para seniman, khususnya penyair, dramawan dan esais; peminat, penikmat, pengamat dan kritikus; mereka yang bergumul dengan dunia sastra, filsafat dan kebudayaan. Peluru-peluru tajam tersedia untuk menembus ke jantung pemahaman kreativitas dalam alur sejarah dan waktu.

Lihat isi di dalamnya:
http://books.google.com.my/books?id=I7DjCkM_MS0C&pg=PP1&dq=Hidup+matinya+sang+pengarang

Senyum Untuk Calon Penulis

Judul buku ini sangat menarik dan sangat spesifik dalam menentukan siapa kira-kira target pembaca buku ini. Dari judulnya yang spesifik pembaca akan segera mengetahui apa kira-kira yang terdapat dalam isi buku ini dan berharap bahwa buku ini akan menjawab berbagai pertanyaan yang selalu muncul dalam benak seseorang ketika ia akan menulis.

Dalam benak seorang yang ingin menulis biasanya akan selalu timbul pertanyaan-pertanyaan seperti : Mengapa harus menulis ? apa yang harus ditulis?, untuk siapa, dimana, dan bagaimana menulis dengan baik?. Buku kumpulan tulisan dari penulis sekaligus penyair senior Eka Budianta ini mencoba untuk menjawab semua pertanyaan-pertanyaan diatas. Buku ini memang bukan buku panduan praktis bagaimana menulis dengan benar. Lebih dari itu! Buku ini mencoba mengajak , memotivasi dan menginspirasi siapa saja yang ingin agar tulisan-tulisannya lebih menyala seperti bermacam-macam lampu, dapat mengeluarkan berbagai aroma dan bau, menyalurkan bermacam perasaan takut, memberi semangat, mengejutkan bahkan membuat muntah pembaca.

Buku yang terdiri dari 25 tulisan ini dirangkai dari berbagai tulisan Eka Budianta dalam setiap makalah yang disajikannya diberbagai seminar dan diskusi dalam kurun waktu 4 tahun (1999-2002). Berbagai macam tema seputar dunia tulis menulis, buku, lingkungan hidup, sastra dan lain-lain mewarnai tulisan-tulisannya dalam buku ini. Dalam salah satu tulisan yang judulnya diangkat menjadi judul buku ini :Senyum untuk Calon Penulis. Eka menyampaikan beberapa pokok masalah dalam menulis.

Pokok pertama adalah : Selalu Ingat : Mengapa Anda menulis? Di sini Eka menegaskan niat dalam hati dalam menentukan tujuan menulis adalah hal yang paling penting dalam karya sastra. Bukan teknik, keindahan bahasa, plot, tetapi intinya. Isi cerpen, isi novel, isi puisi, itulah yang bicara (hal 195).

Kedua : Pentingkah: Kapan Anda Menulis? Bagi Eka kapan menulis bukanlah masalah, yang lebih penting adalah melihat isi atau pesan setiap pengarang. Bagi penulis-penulis besar pesan-pesan yang diampaikan biasanya akan abadi. Drama-drama Shakespeare tetap abadi hingga kini Walmiki dengan Epos Ramayana telah menulisnya 2500 tahun lalu di India. Dari segi usia kapan mulai menulis pun tak jadi persoalan asal tulisannya mengandung nilai-nilai abadi maka tulisannya akan bertahan lama. Kartini, Chiril Anwar, Moh. Hatta menulis di usia yang sangat muda namun apa yang ditulisnya tetap dibaca orang hingga kini.

Ketiga: Jiwa Merdeka dan Gembira. Modal utama seorang pengarang adalah jiwa yang merdeka. Dengan bebas berpikir dan berimajinasi, setiap penulis dapat melahirkan karya-karyanya. Namun Eka mengingatkan bahwa semakin besar kemerdekaan seorang penulis maka semakin besar juga tanggung jawabnya dan semakin perlu hati-hati.

Keempat : Bagaimana Menulis dan Apa isinya. Di sini Eka menceritakan pengalamannya menjadi asisten HB Jasin dalam menyeleksi karya-karya sastra. Walau suatu karya dinilai bagus oleh HB Jasin namun tak berarti karya tersebut bisa dipublikasikan, menurut Jassin seorang penulis membawa tugas sebagai \"guru\" bagi pembacanya, melalui tulisan, manusia bisa membongkar pikiran orang lain. Tapi bila penulis berhasil membongkar, tetntu penulis harus bisa merapihkannya.

Jika membaca semua tulisan yang terdapat dalam buku ini, akan terlihat bahwa buku ini sangat kaya akan cakupannya, bahasanya mudah dimengerti karena ditulis dengan gaya personal, tidak hanya persoalan tulis menulis yang dibahasnya namun mencakup bidang sastra, budaya, lingkungan, politik, dan lainnya. Dari segi keterbacaannya buku ini sangat mudah untuk dipahami karena Eka menulisnya dengan gaya personalnya yang khas.

Kesimpulannya, buku yang diberi pujian oleh 33 tokoh yang beragam profesinya ini setidaknya bisa memberikan inspirasi bagi mereka yang bergerak dalam dunia tulis menulis. Kritik terhadap buku ini ada pada pemilihan judul bukunya \"Senyum untuk Calon Penulis\", judul buku ini seolah membatasi bagi siapa buku ini diperuntukkan (calon penulis), padahal jika membaca seluruh tulisan yang terdapat dalam buku ini, buku ini bukan hanya untuk calon penulis saja melainkan bagi siapa saja yang berprofesi dan bergerak dalam dunia literer.

Rabu, Mei 20, 2009

Nak Jadi Jadi *Baru*

Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
RM10.00
Karya Bestari

SETIAP perbuatan yang kita lakukan adalah tanggungjawab kita sendiri. Sebelum melakukan sesuatu, fi kir dahulu kesan dan akibat daripada perbuatan kita itu.

Kali ini, DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj mengajak kita berfi kir dahulu sebelum melakukan sesuatu di dalam buku NAK JADI JADI dengan menggunakan pendekatan yang amat santai.

NAK JADI JADI mengajak kita berfikir dan perlukan usaha yang lebih untuk mendapatkan sesuatu. Kita tidak akan nampak hasilnya jika hanya pandai bercakap tetapi tiada usaha yang dilakukan untuk mencapai target tersebut. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Namun, ragam manusia sentiasa memberi alasan tiada kebolehan untuk melakukan sesuatu perkara.

Berhentilah memberi alasan kerana kita sebenarnya bukan tiada kelebihan tetapi tiada kekuatan untuk melakukan perkara tersebut. Jadi, besarkan kekuatan atau yang lebih tepat matlamat anda. Insya-ALLAH anda akan berjaya.

Beli di:
http://www.alaf21.com.my/page22.htm

Rabu, Mei 13, 2009

Ulama Besar dari Patani

Ahmad Fathy al-Fatani
RM45.00
Penerbit UKM

Negeri Patani termasuk antara beberapa buah negeri di Semenanjung Melayu yang melahirkan ramai para ulama. Nama-nama ulama dengan laqab al-Fatani ini cukup lumrah ditemui, apa lagi kalau kita rajin menyemak 'kitab-kitab kuning' karangan mereka.

Buku ini mengandungi sejumlah 40 tarjim ulama-ulama besar negeri Patani dalam jarak waktu antara penghujung abad ke-18 hingga penghujung abad ke-20, dimulai dengan tokoh pertama Syeikh Daud al-Fatani (wafat pada 1847) dan diakhiri dengan Ayah Dir (wafat pada 1991).

Sepanjang tempoh dua abad lebih sedikit ini, negeri Patani menyaksikan kemunculan ramai tokoh-tokoh ulama terkemukanya yang datang silih berganti mengambil tempat dan memainkan peranannya yang sangat besar dalam sejarah negerinya, tak hanya dalam bidang agama, akan tetapi juga dalam bidang ilmu, pemikiran, politik dan pembentukan sistem nilai dan budaya hidup masyarakatnya.

Patani (atau selatan Thai) hari ini lebih dikenali dari sisi-sisi negatif, tempat orang melepas nafsu, lubuk judi, sabung ayam mahupun laga orang. Dan pelbagai tanggapan negatif lagi.Sememangnya gambaran sedemikian amat mengecewakan orang Patani. Namun orang Patani harus menerimanya.

Jika dahulu Patani lebih tersohor sebagai pusat pendidikan Islam Nusantara yang dipelopori para ulama dan institusi pondoknya sejak abad ke-18 lagi. Kini era globalisasi dan pemodenan yang datang samaada dari Bangkok mahupun dari luar telah meminggirkan terus institusi pondok Patani dari arus perdana serantau sebagai tempat percambahan ilmu.

Hari ini kita tidak mendengar lagi akan karangan-karangan kitab baharu dari ulama Patani. Kering atau seolah-olah ulama Patani sudah berhenri tinta penanya. Bahkan Patani sebagai serambi Mekah semakin dilupakan. Mujur kitab-kitab 'kuning' peninggalan ulama berlaqab al-Fathani masih ditelaah sampai hari,sekurang-sekurangnya menjadi penyambung dalam megekalkan corak pemikiran Islam masyarakat Patani dari terhakis atau sekarang sedang dikikis oleh unsur-unsur tidak cocok dengan Islam.

Atas rasa tanggungjawab, penulis sejarah asal Patani, Ahmad Fathy al-Fatani menjelajah ke pondok-pondok dan melacak dari pelbagai sumber untuk menyusun sebuah buku yang menghimpunkan 15 biodata dan 25 lagi secara ringkas ulama Patani dalam rentang waktu antara penghujung abad ke-18 hingga akhir abad ke-20. Beliau pernah memimpin majalah Pengasoh sebagai editor dan menulis banyak makalah tentang Patani di media cetak.

Usahanya amat istimewa buat peminat sejarah Patani dan sangat penting untuk tatapan generasi baru Patani yang semakin hilang identitinya. Dalam buku terdahulu, Pengantar Sejarah Patani, Ahmad Fathy menjelaskan:" Di Patani saya perhatikan ramai anak-anak muda yang tidak tahu asal muasal mereka lagi. Kerana sudah terlalu lama berada di bawah Siam dan hidup dalam acuan budayanya, orang Patani kini sudah kehilangan minda dan citra Melayunya."

Buku yang meletakkan Syeikh Daud al-Fatani, disusunan pertama amat molek benar kerana jasanya dalam mengembang syiar Islam di Nusantara menerusi penulisan kitab-kitab jawi walaupun bergerak jauh di tanah Hijaz. Keberkatannya tercermin melalui kitab-kitabnya masih tidak jemu-jemu ditadah hingga kini.

Antara kitab-kitab yang masih ditadah ialah Munyah al-Musolli, Furu' al-Masail dan Minhaj al- Abidin. Keindahan sastera dapat dirasai akan karangannya. Misalnya;

"Maka aku pungut akan permatanya dan aku tanggalkan kulitnya supaya terbuka hati yang suka beribadah dan menggemarkan tiap-tiap orang yang abidin yakni yang bersungguh-sungguh pada ibadah dan menolong bagi kebanyakan orang mukmin."( Hidayah al-Muta'alim)

Patani bukan sahaja melahirkan ulama penulis kitab atau ulama yang hanya bergiat di pondok semata-mata, bahkan pernah melahirkan ulama yang berfikiran jauh dalam menjamin survival orang-orang Patani di Thailand. Siapa yang tidak kenal dengan Tuan Guru Haji Sulong? Ulama yang terkenal dengan tuntutan tujuh perkara itu terhadap kerajaan.

Tuntuntannya itu masih relevan hingga hari ini. Tidak seperti kebanyakan ulama lain, beliau boleh dianggap tokoh pembaharuan dalam masyarakat Patani terutama pendidkan. Beliau telah menubuh madrasah yang lebih bersistem seperti sekolah moden termasuk adanya aktiviti kawad atau perbarisan. Ia sesuatu yang asing kepada masyarakat masa itu yang begitu menebal dengan tradisi pondok.

Walau bagaimanapun, sekolah tersebut terpaksa "katup" atas arahan kerajaan Thai kerana prejudis niat Haji Sulong. Kehilangan secara misteri selepas bertemu dengan pegawai polis di Songhkla menjadi titik tolak kejadian kehilangan para ulama dan pemimpin Islam hingga hari ini. Sejak itu sampai hari ini masyarakat Patani kurang percaya kepada siasatan kerajaan Thai. Terdekat seperti kehilangan peguam Muslim, Somchai Neelhaipaijit.

Selain itu buku ini juga memuat tokoh yang cukup kontroversi sehingga menimbul perpecahan dikalangan masyarakat sampai wujud dua aliran masjid di Patani. Ulama yang batang tubuhnya digelar Haji Abdullah Bendang Kebun terkenal dengan kelantangan, tegas dan berani. " Kalau ia yakin pandangannya benar, ia bersedia menghadapi lawan, walaupun sampai bertarik baju,'' tegas seorang anak muridnya.

Ahmad Fathy al-Fatani, editor majalah Pengasuh banyak menulis tentang Patani dalam majalah Pengasuh dan Peristiwa (kedua-duanya terbit di Kota Bharu, Kelantan). Sebelum menghasilkan Ulama Besar dari Patani, beliau telah menulis Pengantar Sejarah Patani yang diterbitkan oleh Pustaka Darussalam, Alor Setar, pada 1994. Edisi Jawi buku Ulama Besar dari Patani ini terbit pada 2001.

Beli di:
http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit

Rabu, April 08, 2009

Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul *Baru*

Fatimah Syarha Mohd Noordin
RM12.00
Telaga Biru Sdn Bhd

Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.

Beli di:
http://www.telagabiru.net.my

Jumaat, April 03, 2009

Dahsyatnya Kesabaran Para Ulama



Menuntut ilmu memang membutuhkan kesabaran. Tanpa hal itu, tentu banyak orang yang akan mengalami kegagalan untuk meraup ilmu yang berlimpah. Dan, para ulama yang kapabilitas keimuannya tak diragukan lagi, telah membuk­tikan peran ‘kesabaran’ sebagai elemen penting dalam thalabul ‘ilmi.

Buku yang ada di hadapan anda ini menyajikan sebuah potret bercahaya tentang kesabaran para ulama dalam mencari ilmu. Dengan membaca ini, semoga nilai kesabaran yang terpancar dari kehidupan para ulama itu menjadi support yang besar bagi kita untuk belajar sabar dalam menghadapi romantika kehidupan. Terutama saat mengalami kondisi getir yang tidak mengenakkan.

Anda akan berdecak kagum menyimak rentetan kisah-kisah yang dipaparkan dalam buku ini. Betapa sebuah kemuliaan itu tidak akan bisa tergenggam dengan hidup bersantai-santai dan meninggalkan kerja keras. Termasuk untuk meraih ilmu. Segudang kesabaran mesti disiapkan, agar Allah memahamkan kita tentang ilmu-ilmu agama. Selamat membaca!

“Kisah tentang para ulama dan kebaikan2 mereka lebih aku sukai daripada banyak masalah fiqih, sebab kisah mengandungi tata cara sebuah kehidupan.” (Imam Abu Hanifah)

“Seseorang tidak akan merasakan nikmatnya ilmu sebelum ia lapar dan melupakan rasa laparnya.” (Imam Az-Zahabi)

Semoga aku bertemu dengan orang yang bertemu dengan Nabi saw atau salah seorang sahabat Nabi saw.” (Amir bin Syarahil Al-Kufi Al-Hamdani)

Imam Asy-Sya’bi pernah ditanya dari manakah beliau mendapatkan semua ilmu ini.?
Dia menjawab: “Dengan tidak berpeluk tubuh, selalu berjalan dibumi, selalu bersabar seperti kesabaran benda mati dan selalu berangkat di awal waktu seperti berangkatnya seekor burung gagak.”

Antara salah sebuah kisah dalam buku ini:

Imam Bukhari Sering Terjaga dari Tidurnya Untuk Menulis Ilmu.
Dari Ibnu katsir berkata di dalam kitabnya Al-Bidayah wan Nihayah, Jilid XI:25, tentang biografi Imam Bukhari, pemuka kaum beriman dalam bidang hadis. “Dia melakukan perjalanan kepada guru2 hadis di kota2 yang memungkinkan baginya untuk mendapatkannya. Dia menulis hadis dari seribu orang guru.

“Imam Bukhari ra pernah bangun dari tidurnya di suatu malam. Dia pun menyalakan lampu dan mencatat ilmu yang terlintas di benaknya, lalu ia mematikan lampu kembali. Kemudian, ia bangun lagi dan melakukan hal yang sama. Demikianlah, sampai hal itu terjadi lebih kurang dua puluh kali.

Kitab ini dibahagikan kepada 6 bab besar:
1.Saat menempuh perjalanan jauh untuk mencari ilmu
2.Saat tidur tak teratur dan jiwa enggan bersantai-santai
3.Mereka bersabar menghadapi kerasnya hidup dan pedihnya kemiskinan
4.Betapa pedihnya menahan lapar dan haus
5.Saat kehabisan bekalan dan tak memiliki pakaian
6.Mereka kehilangan kitab dan kadang terpaksa menjualnya

Akhir kata sebuah kitab yang sarat dengan biografi para2 ulama dalam usaha meraih ilmu.

Karena Ilmu Mereka Rela Membujang

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah
RM19.80

Zamzam

Memilih hidup membujang karena ingin berkonsentrasi menggeluti ilmu merupakan sebuah pilihan hidup yang luar biasa. Desah-desah syahwat yang pada sebagian orang justru men­jadi raja yang menguasai hati, berhasil terpinggirkan karena dominasi cinta terhadap ilmu yang begitu menggumpal dalam relung-relung hati. Itulah sebuah catatan indah yang pernah tergoreskan dalam sejarah hidup sebagian para ulama sebagai pewaris para nabi. Imam Nawawi, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Imam Ath-Thabari termasuk sebagian ulama yang ‘berijtihad’ terhadap diri mereka sendiri untuk tidak menikah karena ilmu. Dan sekali lagi, ini merupakan sebuah pilihan hidup yang luar biasa!

Buku yang ada di hadapan Anda ini memang sangat istimewa bagi para pembaca. Karena, pembahasan yang disajikan di dalamnya cukup unik dan langka. Belum banyak para ulama lain yang tertarik untuk membahas tema ini. Dan, di sinilah letak keistimewaan buku ini. Membacanya akan menjadi motivasi ‘dosis tinggi’ bagi kita, untuk secara serius mengkaji ilmu-ilmu dien.

Penulis buku ini tidak bermaksud mempropagandakan ‘hidup membujang’ sebagai sebaik-baik pilihan. Penulis hanya ingin membeberkan di hadapan para pembaca sebuah potret menakjubkan tentang semangat membara para ulama dalam menggeluti ilmu-ilmu dien. Sehingga, agar diri mereka dapat berkonsentrasi dalam menggenggam pena, mereka rela untuk tidak menikah. Subhanallah! Selamat membaca!

Beli di:
http://www.fajarilmubaru.com.my

Sungguh Mengagumkan Manajemen Waktu Para Ulama



Waktu adalah nikmat Allah yang begitu agung bagi umat manusia. Banyak di antara manusia yang terperdaya, sehingga menganggap waktu seperti angin lalu, tak memiliki peran apa-apa dalam kelangsungan hidup mereka. Hanya orang yang ‘sadar’ saja yang benar-benar mengerti arti sebuah waktu.

Berbeda halnya dengan para ulama yang memiliki predikat ‘pewaris para nabi’. Mereka benar-benar potret manusia luar biasa dalam mengelola hidupnya, terutama dalam memenej waktunya, sehingga setiap detik waktu yang ia miliki akan berbuah selaksa manfaat. Setiap relung-relung hidup mereka senantiasa memancarkan sejuta kebaikan. Dalam benak mereka, seluruh bentuk kebaikan berpangkal dari waktu. Barangsiapa yang menyia-nyiakannya, maka ia tak akan pernah menuai kebaikan.

Dalam buku ini, Syeikh Abdul Fattah mencuba mengetengahkan pernik-pernik kehidupan para ulama, terutama dari sisi manajemen waktu mereka yang begitu mengagumkan. Mereka benar-benar mengoptimalkan waktu mereka untuk ilmu. Saat makan, berjalan dan mandi pun mereka masih sempat mendalami berbagai ilmu. Bahkan, saat ajal menjemput, ada di antara mereka yang masih membahas berbagai masalah agama.

Semoga dengan kehadiran buku ini akan mampu menyadarkan kita semua tentang urgensi waktu yang kita miliki. Semoga kita mampu meneladani manajemen waktu para ulama. Bacalah buku ini, dan Anda akan mengatakan, “Sungguh mengagumkan manajemen waktu para ulama.”

Beli di:
http://www.fajarilmubaru.com.my

Jumaat, Mac 27, 2009

Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden *Baru*

Zainudin Hashim & Riduan Mohamad Nor
RM20.00
Januari 2009
Jundi Resources

Jihad dan dakwah telah melalui jalan panjang sepanjang keberadaan aqidah Islam di pentas dunia ini. Dalam denainya, ramai tokoh-tokoh telah dimunculkan oleh Allah SWT untuk membentengi agama ini walaupun berdada dengan kezaliman dan pemimpin tirani di sepanjang abad pertarungan iman dan kufur.

Buku ini adalah salah satu usaha menyingkap keperibadian, pengalaman dan sejarah tokoh-tokoh yang pernah menoreh sejarah dengan tinta emas. Ada di antara mereka yang syahid dibunuh, diserkap jeriji dan palang penjara besi, bergelandangan jauh dari bumi leluhur akibat tekanan pemerintah sekular.

Buku ini diharap mampu menyirami dahaga pencinta-pencinta harakah Islam terhadap biografi tokoh-tokoh gerakan Islam di abad moden ini, meneladani kebaktian mereka adalah sebahagian potret kejayaan pada kanvas perjuangan yang tiada noktah henti ini.

Isi Kandungan

1. Dr. Abdul Aziz Rantisi - Sang Doktor Pembawa Obor Jihad
2. Abdul Qader Awdah - Hakim Yang Digantung Mati Kerana Mempertahankan Kebenaran Islam
3. Dr. Abas Madani - Singa Islam Di Algeria
4. Syeikh Abdul Hamid Kisyk - Ulama' Buta Yang Banyak Hadapi Ujian Getir
5. Dr. Abdul Majid Az-Zandani - Mentor Gerakan Islam Yaman Hadapi Pelbagai Tribulasi
6. Dr. Abdullah Azzam - Mujahid Ikhwan Al-Muslimin Yang Rindukan Syahid
7. Dr. Abdullah Nasih Ulwan - Tokoh Ilmuwan Haraki Yang Bersifat Murabbi
8. Syeikh Ahmada Yassin - Tokoh Ikhwan Yang Menubuhkan HAMAS Di Palestin
9. Syeikh An-Nadwi - Tokoh Ulama' Yang Berjiwa Lembut Ketika Berdakwah
10. Badi'uzzaman Sa'id An-Nursi - Abadikan Hidup Untuk Islam
11. Dr. Burhanuddin Al-Helmi - Menyiram Obor Perjuangan Kemerdekaan Malaya
12. Najmuddin Erbakan - Menelusuri Khilafah Yang Hilang Di Turki
13. Syeikh Faisal Molawi - Tokoh Ulama' Lubnan Berpendirian Tegas
14. Dr. Fathi Yakan Alami Pelbagai Tribulasi Yang Mematangkan Perjuangannya
15. Imam Syahid Hasan Al-Banna - Pencetus Kebangkitan Umat Abad 20
16. Hakim Hasan Al-Hudaibi - Pengganti Imam Hasan Al-Banna Yang Terserlah Ketokohannya
17. Dr. Hasan At-Turabi, Mentor Dakwah Di Balik Tirai Besi Di Sudan
18. Jamaluddin Al-Afghani - Perintis Kebangkitan Gerakan Islam Seantero Dunia
19. Al-Maududi - Memiliki Ciri Mujaddid Kurun Ke 20
20. Syeikh Muhammad Abduh - Penerus Manhaj Saiyid Jamaluddin Al-Afghani
21. Syeikh Muhammad Al-Ghazali - Ulama' Yang Tidak Kenal Jemu Ketika Berdakwah
22. Ustaz Mustafa Masyhur - Mursyidul 'Am Kelima Ikhwan Al-Muslimin
23. Syeikh Dr. Mustafa Siba'ie - Pengasas Gerakan Ikhwan Al-Muslimin Syria
24. Omar Mokhtar - Singa Padang Pasir Yang Digeruni Musuh
25. Qazi Hussain - Penerus Agenda Yang Ditinggalkan Oleh Maududi
26. Sayyid Qutb - Penjara Dan Kematian Dalam Mercu Tanda Dakwah
27. Syeikh Sa'id Hawwa - Tokoh Gerakan Islam Berjiwa Sufi
28. Syeikh Solah Abu Ismail - Pejuang Islam Hingga Dalam Parlimen
29. Zainab Al-Ghazali - Mujahidah Yang Cekal Walau Dipenjara, Disiksa

Beli di:
http://tintajundi.wordpress.com/buku-terbaru

Biografi 10 Imam Besar

Entah bagimana nasib umat ini, tanpa bimbingan ulama dan qudwah hasanah dari orang-orang soleh. Ya, mereka adalah pewaris para nabi, -bukan dinar, rupiah atau dolar-kepada mereka umat ini dititipkan. Banyak orang yang telah mati dan ulama pun ikut beranjak wafat kembali ke haribaan Rabbnya. Namun, masing-masing menyisakan jejaknya, karena memang kematian adalah kepastian bagi setiap yang bernyawa. Yang jelas, jejak rahmat dan kebaikan telah diwariskan para ulama, mereka adalah insan yang sangat memahami nidup ini sebenarnya untuk apa, mereka sosok-sosok langka yang pernah dilahirkan dari embrio sejarah Islam.

Berapa umur mereka? tidak begitu panjang, namun hari-hari yang dilewati itu sarat dengan manfaat dan kebaikan yang selalu dikenang oleh banyak orang, dan mungkin salah satu sebabnya juga bahwa keikhlasan begitu mendalam terpancang di dasar hati mereka. Potret indah tentang pencarian ilmu sangat layak dijajaki. Bagi mereka, ilmu adalah puncak kenikmatan. Imam Syafie pernah mendendangkan sebuah bait syair dalam diwannya, "Goresan-goresan pena bagiku, lebih indah dan lezat dari kecupan seorang gadis belia."

Buku 'Biografi 10 Imam Besar' ini, akan memutar ulang perjalanan sepuluh imam besar yang sangat berpengaruh dalam sejarah Islam, berbicara tentang pribadi mereka dengan sangat deal, mulai dari kelahiran, konsep pemikirannya, karya dan guru-guru, perjalanan mendulang ilmu, interaksi dengan orangtua dan penguasa di zamannya, untaian nasehat, sampai pada saat-saat terakhir menjemput kematian.

Biografi dan kisah para imam yang disebutkan di dalam buku ini ialah Imam Abu Hanifah, Imam Malik bin Anas, Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal, Ibnu Hazm, Hasan al-Basri, Al-Laits bin Sa'ad, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim dan Imam Syaukani. Kenali mereka dari dekat dengan membaca buku ini, semoga cahaya ilmu dan mereka, moga-moga bisa terbias dalam diri anda.

Beli di:
http://www.fajarilmubaru.com.my

Tau Tak Apa *Baru*

Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
RM10.00
Alaf 21 Sdn Bhd

Sebuah lagi buku motivasi santai Dr Tuah yang mengekalkan pendekatan bersahaja dalam menyampaikan sesuatu mesej.

Beli di:
http://www.alaf21.com.my/page22.htm

45 Tokoh Pengukir Sejarah

Sejak Kristen tersebar di Romawi pada masa Kaisar Konstantin Agung (274-377 M) hingga abad ke-16, mereka tidak melahirkan seorang ilmuwan pun. Pada paruh kedua abad ke-16, Eropa memulai perjalanan ilmiahnya ke ilmu-ilmu produk peradaban Islam, di bawah tantangan dan pemberontakan sengit gereja. Buku Coppernicus (1473-1543) tentang perputaran bumi dan angkasa yang ditulis tahun 1530 dilarang beredar oleh gereja. Bahkan ia dihukum mati disebabkan teorinya tersebut. Setelah kemenangan renaissance atas gereja serta tiga sekutu pencerahan (akal, ilmu, dan filsafat) menggeser kekuasaan tiga sekutu Kristen Eropa (Tuhan, gereja, dan pendeta), muncullah peradaban Eropa. Semua itu terwujud setelah Eropa melepaskan diri dari belenggu agama. Secara diametral, hal ini berlawanan dengan Dunia Islam.

Kehidupan Islami diwarnai dengan proses regenerasi dan pewarisan ilmu yang terus-menerus, sehingga sepanjang sejarahnya para tokoh ilmuwan Muslim di segala bidang bermunculan. Tokoh-tokoh Muslim itu telah mengukir sejarah penting dan berhasil mewarnai dunia dengan penemuan-penemuan fenomenal ilmiahnya. Dalam buku ini, Muhammad 'Imarah menampilkan 45 sosok di antaranya. Ada nama Muhammad bin Al-Hanafiah, Al-Kindi, Ibnu Taimiyah, Hasan Al-Banna, hingga Muhammad Al-Ghazali, dan lain-lain. Biografi dan karya-karya monumental mereka dikupas secara objektif dan komprehensif. Dengan karya ini, semoga pengetahuan pembaca menjadi terkayakan.

Beli di:
http://www.fajarilmubaru.com.my

Khadijah: Drama Cinta Sang Nabi

Sebuah kisah spektakuler bergaya novel, tentang kekasih agung yang tak tergantikan. Jauh di lubuk hatinya, sebuah energi cinta menembus zaman.

Khadijah adalah secercah bintang di tengah gelap gulitanya zaman jahiliyah, seorang saudagar kaya raya penganut agama Ibrahim as (hanif) yang mendapat gelar “perempuan suci” bahkan dari masyarakat kotor, yang merindu dendam akan datangnya cahya kenabian.

Jauh sebelum berlabuh ke pangkuan Rasul terakhir.

Ketika itu petunjuk agung datang kepada Khadijah, tampak olehnya cahaya jatuh di kediamannya, menyinari segala sesuatu dan menyilaukan pandangan, ia terbangun dari tidurnya. Ia merasakan mimpi itu begitu nyata memenuhi kehidupannya dan semburatkan cahaya malam. Harap cemas menyergap dirinya.

Seperti kebiasaannya, Khadijah pergi mengadu kepada Waraqah bin Naufal. Ia tampak gelisah, lalu menceritakan secara utuh perihal apa yang disaksikannya. Mendengar cerita Khadijah, wajah Waraqah berseri menampakkan roman kebahagiaan, dan seperti biasa menyampaikan berita gembira,”Ini adalah berita gembira, wahai putri pamanku. Sesungguhnya mimpimu ini merupakan pertanda bahwa Allah akan memuliakanmu dengan sebuah cahaya yang akan masuk ke rumahmu. Dalam pandanganku, itulah “cahaya kenabian”.

Sebuah jiwa padanya himpun segenap cinta, kelembutan seorang ibu, ketulusan seorang kekasih, kehausan seorang pencari kebenaran, komitmen dan konsisten terhadap kebaikan, kecakapan seorang saudagar, kesetiaan dan pengorbanan jiwa dan harta yang terus mengalir….layaklah ia menjadi tambatan hati Panutan Segenap Alam…

Buku ini lain daripada yang lain, lebih lengkap dan lebih menarik karena dilengkapi dengan gambar peta, denah pada masa Rasulullah, serta foto-foto masa kini warna penuh.

Beli di:

http://www.fajarilmubaru.com.my

Selasa, Mac 24, 2009

Sembilan Pendekar Hadis

Abdullah bin Abdullah
Thariqul Izzah
RM25.50

Buku ini mengetengahkan biografi ringkas para imam hadis (Bukhari, Muslim, Tirmizi, Daud, Ibnu Majah, Malik, Ahmad, Nasai dan Ad-Darimi) beserta pengembaraan mereka
dalam menuntut ilmu, proses pengumpulan hadis dan lain-lain.

Beli di:
http://www.fajarilmubaru.com.my