Jumaat, April 23, 2010

Imam Hanbali, Pejuang Kebenaran *Baru

Abdul Latip bin Talib
RM 24.00

PTS Litera Sdn Bhd
23 April 2010
272 muka surat

Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis. Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum feqah. Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam al-Quran seminggu sekali. Beliau sangat menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah, beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang tinggi sementara dia duduk di bawah. Imam Hanbali tidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hukum agama. Suka bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya dan orang-orang berpangkat.

Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad mengunjungi Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut tetapi ditolaknya dengan berkata "Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah”. Imam Hanbali terkenal dengan sikap pemurah. Jirannya pernah memberinya sepinggan anggur dibalasnya dengan gula, garam dan beberapa pinggan buah-buahan. Semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid, baginda menganut fahaman Muktazilah yang berpendapat al-Quran itu makhluk yang bersifat baharu.

Baginda memaksa ulama-ulama menerima pendapat itu tetapi Imam Hanbali menentangnya dengan mengatakan al-Quran itu kalamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Akibat penentangannya itu Imam Hanbali ditangkap lalu dipenjara kemudian disebat dengan rotan dalam memaksanya tunduk kepada fahaman Muktazilah. Beliau disebat dengan rotan sehingga kulitnya mengelupas dan keluar darah. Setelah khalifah Al-Makmum meninggal dunia diganti khalifah Al-Muktasyim. Beliau terus memenjarakan Imam Hanbali kerana melindungi fahaman Muktazilah. Sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil yang menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah berkuasa barulah Imam Hanbali dibebaskan. Dalam usaha memujuk Imam Hanbali Khalifah Al-Mutawakkil menghadiahkan 10,000 dirham. Wang itu diambilnya tetapi kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Pada hari-hari tuanya Imam Hanbali menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di Baghdad. Dalam menentapkan hukum beliau lebih mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah dan pendapat para sahabat Rasulullah. Imam Hanbali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat 12 Rabiulawal tahun 241 Hijrah bersamaan 855 Masihi ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan di Baghdad.

Beli di:
http://www.bookcafe.com.my

Khamis, April 08, 2010

Cipta Syurga Hati - Dr HM Tuah Iskandar *Baru

Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
RM15.00
320 muka surat
Karya Bestari Sdn Bhd

Misi buku ini adalah untuk memberikan kita rasa bahagia, seakan 'syurga' sebagaimana ungkapan 'rumahku syurgaku.' Justeru, hujah Dr. Tuah Iskandar al-Haj di dalam karya ini adalah berpaksikan pendirian suci ini apabila mengetengahkan persoalan untuk mencipta syurga di hati. Sesungguhnya syurga di hati mampu dibentuk bergantung pada kesediaan hati itu sendiri.