Rabu, Ogos 08, 2012

Buku2 Terbaru Dr Zahazan Mohamed



Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik
Penulis: Dr. Zahazan Bin Mohamed
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00

Buku ini disusun berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca. Perkara-perkara benar tapi pelik yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang diperjuangkan serta bukti-bukti kebesaran Allah.


101 Doa Mohon Makbul
Penulis: Dr. Zahazan Bin Mohamed
Kartunis: Nik Wafdi Nik Jaafar
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Buku ini merupakan garapan menarik daripada buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih, tulisan Dr Zahazan Mohamed. Dipersembahkan semula secara santai dan menarik dengan ilustrasi kartun yang menghiburkan oleh Kartunis Nik.