Jumaat, Mac 26, 2010

Imam Maliki - Pengarang Kebenaran *Baru

Abdul Latip Talib
RM 24.00

272 muka surat
PTS Litera Sdn Bhd

Merupakan sebuah novel mengenai Imam Malik. Imam Malik ialah pengasas Mazhab Maliki. Keturunannya berasal dari Yaman dan moyangnya berpindah ke Madinah lalu menganut Islam pada zaman Rasulullah saw.

Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau kemudiannya lebih dikenali sebagai Imam Malik. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 H/712 M selepas dikandung selama dua tahun oleh ibunya.

Imam Malik dikurniakan umur yang panjang. Beliau hidup pada zaman sembilan khalifah Bani Umaiyah dan lima khalifah Bani Abbasiyah. Bermula dari khalifah al-Walid bin Abdul Malik (95 Hijrah) sampai ke zaman Khalifah Harun al-Rasyid (179 Hijrah). Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, 14 Rabiulawal tahun 179 Hijrah ketika berusia 86 tahun.

Dalam umurnya yang panjang, beliau sempat mengarang kita Al-Muwatta, kitab yang dikarang selama 40 tahun. Semuanya kerana beliau cintakan kebenaran dan memperjuangkannya. Kitabnya itu menjelaskan mengapa beliau dianggap pengarang kebenaran.

Beli di:
http://www.bookcafe.com.my

Rabu, Mac 17, 2010

40 Tokoh Ulama Johor

Abd Latif Juffri @ Al-Jufri/Masnorindah Mohd Masry
RM100
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat Cawangan Johor

Buat julung kali, Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat Cawangan Johor berjaya menerbitkan buku, 40 Tokoh Ulama Johor bertujuan untuk memperingati sumbangan ulama tersohor negeri itu yang sama-sama bertanggungjawab menyumbangkan ilmu melalui sistem pendidikan agama di negara ini.

Buku setebal 180 halaman berharga RM100 sebuah yang ditulis oleh Abd Latif Juffri @ Al-Jufri dan Masnorindah Mohd Masry itu merupakan siri pertama menghimpunkan 15 orang tokoh ulama dan baki 25 orang tokoh lagi akan diterbitkan Jun depan.

15 tokoh ulama yang ditampilkan dalam buku siri pertama itu, seperti Dato’ Syed Hassan Ahmad al-Attas, Syed Syeikh Al-Hadi, Syekh Tahir Jalaludin, Dato’ Hj Abdullah Abd. Rahman, Kiai Haji Fadhil al-Banteni, Haji Abu Bakar bin Hassan al-Muari, Dato’ Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad, Ustaz Hj Mohd Yassin Mohammad (Bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin) , Kiai Haji Ahmad Shah, Dato’ Kiai Hj Samsudin Redwan, Dato’ Hj. Ismail Bin Omar Abdul Aziz, Tan Sri Abdul Jalil bin Hassan, Ustaz Hj Md. Lazim Saim, Panglima Kiai Salleh dan Dato’ Haji Omar bin Muhammad Yusuf.

Pengarangnya, Abd Latif Juffri, berkata buku yang disiapkan dalam tempoh tiga bulan itu menghimpunkan 40 tokoh ulama Johor seawal tahun 1832 hingga 1921. Antara kandungan utama buku itu termasuk menjelaskan ketokohan ulama silam yang meninggalkan deligasi pemikiran, cara hidup, keterampilan dan mewariskan ilmu melalui sumbangan dalam bidang dakwah, pendidikan dan karya penulisan.

Beliau berkata, buku yang sesuai dimiliki dan menjadi rujukan perpustakaan awam, perpustakaan IPT dan sekolah-sekolah itu turut menjelaskan mengenai kesempurnaan pendidikan agama di Johor yang tersusun seawal tahun 1895.

“Istimewanya buku itu kerana di dalamnya ada menjelaskan mengenai perjuangan aliran Ahli Sunah Waljamaah yang pernah bersaing dengan perjuangan Kaum Muda yang didokong oleh tokoh-tokoh seperti Syed Sheikh Al-Hadi (1864-1931) dan Syekh Tahir Jalaluddin (1869-1956)”

“Turut dipaparkan mengenai perjuangan guru-guru aliran pondok tradisional termasuk bapa kepada Timbalan Perdana Menteri sekarang, iaitu Tuan Guru Haji Mohd. Yassin bin Muhammad pada sekitar tahun 1898 hingga 1975” katanya.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan buku berkenaan timbul selepas beliau memenangi anugerah khas untuk buku Perkembangan Pentadbiran Agama Islam Johor dalam pertandingan Anugerah Media Islam Negara (Amin) 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Oktober tahun lalu.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat Cawangan Johor, Samsudin Samudi, berkata ulama Johor yang diabadikan dalam buku berkenaan tidak terkecuali daripada kelompok ilmuan Islam tersohor yang bertanggungjawab menabur benih iman dan Islam.

“Mereka seterusnya menyubur dan menyumbangkan ilmu melalui siistem pendidikan agama yang paling tersusun di negara ini”

“Ia bermula seawal tahun 1895 dikenali dengan Sekolah al-Quran, Sekolah Kitab, sekolah Pondok, Sekolah Arab dan sekolah agama kerajaan Johor yang kemudian berkembang melalui proses pemodenan negeri ini” katanya.

Buku yang wajar dimiliki oleh semua pencinta ilmuan Islam itu bertuah apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin melancarkan buku itu sempena program Multaqa Ulama dan Ilmuan Islam Johor yang berlangsung di Persada Johor baru-baru ini.

Sempena multaqa itu, sebanyak 1,000 naskah buku itu berjaya dijual kepada orang ramai. Pihak penerbit ketika ini sudah menerima lebih 2,000 tempahan, dan buku itu dalam proses untuk diulang cetak.

Kepada yang berminat boleh menghubungi Abdul Latif Jufri (012-735 1714).

Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1) & (2)

Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1)
Penyelengggara: Ismail Che Daud
RM30.00
280 muka surat
Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)

Buku yang menjadi sumber rujukan penting mengenai tokoh-tokoh ulama’ Melayu ini seharusnya dimiliki oleh semua orang. Buku yang sederhana ini memuatkan sekumpulan makalah mengenai riwayat hidup tokoh-tokoh ulama’ Islam di Semenanjung Melayu yang diusahakan oleh beberapa orang penulis yang berminat dalam sejarah tempatan. Hanya tokoh-tokoh yang bergiat dan meninggal dunia sebelum 31 Disember 1957 sahaja yang dipilih untuk jilid yang pertama ini. Penyusunannya dibuat menurut kronologi kematian tokoh-tokoh utama. Pada asalnya, makalah-makalah ini merupakan makalah yang diterbitkan dalam majalah Pengasuh, kemudian dikompilasikan menjadi sebuah buku yang senang dirujuk. Sehingga kini, buku ini telah diterbitkan sebanyak tiga edisi yang sentiasa memuatkan pembetulan dan fakta-fakta tambahan.

Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2)
Penyelengggara: Ismail Che Daud
RM40.00
688 muka surat
Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)

Sebagai lanjutan kepada jilid 1 yang memuat biografi singkat tokoh-tokoh ulama’ yang bergiat dan meninggal dunia sebelum merdeka (31 Ogos 1957), maka jilid 2 ini pun memaparkan biografi ringkas tokoh-tokoh ulama’, tetapi semuanya yang meninggal dunia selepas merdeka. Bagi maksud menggenapkan bilangan tokoh di dalam buku jilid 2 edisi kedua ini kepada 40 orang serta bagi menggantikan dua orang tokoh yang dimansuhkan, kami memasukkan sejumlah 9 orang tokoh baru. Mereka ialah: Haji Yahya Kupang, Haji Husain Che Dol, Hj Abdullah Abbas Nassution, Haji Pak Man Bukit Besar, Sheikh Idris al-Marbawi, Haji Abdul Wahid Sungai Udang, Haji Wan Ali Al-Jambui, Haji Ghazali Bagan Datok dan Haji Ibrahim Bongek. Seorang tokoh ulama, iaitu Drs. Ab Ghani Azmi Idris ditambah di bawah tajuk `Dalam Kenangan' menjadikan jumlahnya seramai 5 orang. Sebanyak empat lampiran dimuatkan dengan merangkumi tajuk-tajuk berikut:Ulama' Muhajirin di Kelantan, Ulama' Kelantan di Rantau Orang, Ulama'
Terkemuka Dari Jajahan Pasir Mas dan Daftar Kematian Ulama' 1957-2000 yang dikemaskini.

Beli di:
http://upenerbitanmaik.blogspot.com

Denyut Kasih Medik

Dr Farhan Hadi
RM23.00
Telaga Biru

Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.

Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih?

Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina dalam Denyut Kasih Medik.

Beli di:
http://www.telagabiru.net.my