Jumaat, Julai 24, 2009

Komik Tokoh Muslim Dunia Siri 1: Ibnu Sina

Penulis & pelukis: Nin Studio
Penerbit: Gema Insani Press

Tahun: 2006

Jumlah halaman: 100 m/s


Ibnu Sina (980-1037 M) ialah seorang ilmuwan Muslim tersohor di bidang perubatan. Lahir di kota Bukhara, Uzbekistan tahun 980 M, Ibnu Sina lahir dalam lingkungan keluarga berada. Ayahnya adalah seorang gabernor yang ditugaskan di Bukhara.

Kitabnya dalam bidang perubatan, al-Qanun Fit Tib, diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad 12 M dan lebih dikenal dengan judul The Canon. Buku inilah yang menjadi rujukan utama bidang perubatan dan ikut memajukan bangsa Barat. Kitab ini diantaranya menjelaskan tentang susunan syaraf dan peredaran darah. Kitab ini hanyalah satu dari sekian banyak kitab ilmu yang ditulis Ibnu Sina.

Antara yang menarik mengenai komik biografi Ibnu Sina ini ialah cerita dan ilustrasinya lebih mengalir dan lebih mudah dinikmati.

3 ulasan:

  1. salam,

    Di mana boleh dapatkan komik ini. Ada siri yang lain lagi?

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam, komik ini pun saya belum milikinya kak. Kiranya ada di fajar ilmu baru. Tapi, saya rasa tiada di situ. Tengok penerbitnya gema insani press dari indonesia kan. Saya fikir nak pesan buku ini dari penerbitnya terus. Tapi, mcm susah sedikit juga.

    BalasPadam
  3. Info komik ni sy dpt dari sebuah blog. Komik ini ada banyak sirinya juga kak. Lebih 11 siri begitu.

    BalasPadam